Jumaat, 16 Januari 2026

UCAPAN SEMPENA PEMBUKAAN SESI PERSEKOLAHAN 2026

Ucapan Sempena Pembukaan Sesi Persekolahan 2026

Tarikh :16 Januari 2026
Tempat : Dewan Seri Jalor, SMK Bukit Jalor
Penceramah Jemputan : Inspektor Yosni Rabiatul Nadiah binti Yong
Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) SMK Bukit Jalor
IPD Tampin




OBJEKTIF PROGRAM :
Memberi pendedahan awal kepada murid-murid berkaitan kepentingan disiplin dan pembentukan sahsiah diri.
Meningkatkan kesedaran murid tentang keselamatan serta tanggungjawab sebagai warga sekolah.
Memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah dan Polis Diraja Malaysia.




PELAKSANAAN PROGRAM :
Program ini telah dilaksanakan pada 16 Januari 2026 bertempat di Dewan Seri Jalor, SMK Bukit Jalor dengan kehadiran Pengetua dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Program dimulakan dengan ucapan daripada Pegawai Perhubungan Sekolah yang menekankan aspek disiplin, keselamatan serta kepentingan mematuhi peraturan sekolah dalam kalangan murid.




RUMUSAN :
Program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan segala nasihat dan panduan yang disampaikan dapat dimanfaatkan oleh murid-murid sepanjang sesi persekolahan tahun 2026 bagi melahirkan murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan