PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 1.1 Peraturan Am1.2 Peraturan Khusus1.3 Peraturan penggunaan alat / ruang 1.4 Peraturan Pinjaman dan Pemulangan bahan / alat
PERATURAN-PERATURAN PERPUSTAKAAN
DISIPLIN- Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
- Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Perpustakaan.
- Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
- Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
- Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
- Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
- Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
- Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.
- Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
- Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Perpustakaan.
- Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan.
PERATURAN PENGGUNAAN PSS UNTUK GURU
- Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan bilik Pusat Sumber (Perpustakaan /Bilik Media / Bilik Khas)
- Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-bilik Pusat Sumber.
- Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan.
- Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan pengawasan Pengawas Pusat Sumber bertugas atau Guru PSS.
- Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci selepas menggunakan bilik-bilik Pusat Sumber.
PINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN / ALAT
Pinjaman Buku Rak Terbuka
- Pastikan nama yang tertera dikad perpustakaan yang digunakan adalah kepunyaan si peminjam.
- Pastikan peminjam berkenaan tidak berhutang apa-apa dengan perpustakaan
Buku-buku yang dipinjam telah dipulangkan dan denda telah dibayar (jika ada). Peminjam yang masih berhutang tidak boleh meminjam apa-apa dari perpustakaan sehingga beliau menjelaskan hutangnya.
- Semua pelajar meminjam buku dengan menggunakan kad matrik ( bar kod ) menggunakan sistem pustakawan berkomputer .
- Cop tarikh pemulangan buku pada helaian kertas 'Tarikh Pulang' (dibelakang buku).
- Serahkan buku kepada si peminjam dan kad pinjaman
- Pastikan semua data pinjaman buku dibuat menggunakan system pustakawan berkomputer .
- Tempoh pinjaman sebuah buku ialah 5 hari buku rujukan dan 5 hari BF
- Seorang pelajar dibenarkan meminjam 3 buah buku sahaja pada satu-satu masa (kecuali PPSS)
- Pinjaman buku rak terbuka boleh dilakukan pada waktu rehat dan juga selepas waktu sekolah. (Dalam kes-kes tertentu, pelajar boleh meminjam di luar waktu pinjaman melalui guru atau Kerani Perpustakaan)
- Seorang guru hanya dibenarkan dibenarkan meminjam maksimum 30 buku pada satu-satu masa dalam jangka masa 3 bulan . Bagi peminjaman seterusnya, beliau mestilah memulangkan buku-buku yang dipinjam sebelumnya.
- Pengawas PSS yang bertugas di kaunter mesti menjalankan tugas dengan tenang dan senyap
- Pelajar mestilah beratur dengan senyap dihadapan kaunter peminjaman. Pelajar yang ingkar tidak akan dilayan
Pemulangan Buku Rak Terbuka
- Pastikan tarikh buku dipulangkan tidak lewat daripada 'Tarikh Pulang' yang sepatutnya
- Jika buku lewat dipulangkan, peminjam akan didenda Jika peminjam berkenaan tidak dapat membayar dendanya pada waktu itu, beliau boleh membayar pada lain hari
- Setiap kutipan denda hendaklah dicatat dalam ;Buku Denda' dan wang diserahkan kepada Bendahari pada hari yang sama
- Jika buku yang dipinjam hilang, peminjam diminta membayar harga asal buku berkenaan
- Lewat sehari para pelajar akan dikenakan denda sebanyak 10 sen .
- Denda akan dikenakan mengikut bilangan hari lewat bagi setiap buku .
- Sekiranya pelajar tidak mampu membayar denda kerana kecuaian sendiri
- Maka mereka tidak akan dibenarkan meminjam buku sehingga denda dilangsaikan .
KELAYAKAN PEMINJAM DAN JUMLAH PINJAMAN
SYARAT UMUMGuru dan Staf
- Mempunyai kad pinjaman buku kad matrik berkod bar
- Tidak dibenarkan meminjamkan kad kepada orang lain.
- Kad Pinjaman Buku - kad matrik berkod bar.
- Maksima 3 buah buku - sekali pinjam
- 2 buku rak terbuka
- 1 buku rak tertutup
- Berhak meminjam maksima 5 buku pada satu-satu masa
TEMPOH PINJAMAN
- Buku rak tertutup - sehari
- Buku rak terbuka - 1 minggu
- Majalah - selepas berusia sebulan
- Bank Soalan - 2 jam (rujukan dalam perpustakaan sahaja).
- Mengikut jadual waktu penggunaan PSS.
PERATURAN PINJAMAN
- Kad tidak boleh dipindah hak milik
- Tanggungjawab pelajar menjaga buku yang dipinjam. Jika hilang, pelajar wajib membayar balik mengikut harga asal buku tersebut.
- Sila beratur semasa melakukan proses pinjaman dan pastikan dalam keadaan senyap.
- Sila pastikan tarikh pemulangan tidak lewat dari 'tarikh pulang'. Jila lewat, tindakan akan diambil.
- Kertas soalan Tahun Lepas/Bank Soalan - Jika didapati pelajar mencoteng atau menghilangkannya, pelajar wajib membayar harga fotostat untuk setiap muka surat.
- Sekiranya melanggar peraturan yang ditetapkan, kad pelajar akan ditahan.
- Menggunakan kad yang ditetapkan oleh PSS.
- Cara pengedaran Kad PSS ditentukan oleh Setiausaha PSS.