Program Nilam


MATLAMAT PROGRAM NILAM 

Matlamat Program NILAM yang ditambahbaik ialah melestarikan budaya membaca sepanjang hayat dalam kalangan murid-murid selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) 

OBJEKTIF 

Pelaksanaan program-program galakan pembacaan berkualiti bertujuan untuk :- 

  • Melestarikan budaya membaca berkualiti sepanjang hayat dalam kalangan murid-murid.
  • Membentuk kognitif, afektif dan psikomotor murid untuk terus menjana dan melahirkan idea kreatif dan inovatif melalui tabiat membaca berkualiti.
  • Memenuhi falsafah pendidikan kebangsaan yang mencakupi elemen jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). 
  • Menggalakkan pelibatan semua warga sekolah dalam pelaksanaan program dan aktiviti galakan membaca. 
  • Meningkatkan pelibatan masyarakat/komuniti setempat/pertubuhan- pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan dalam pembinaan tabiat membaca berkualiti dalam kalangan murid.

PENDEKATAN PROGRAM


MODEL PROGRAM NILAM YANG DITAMBAHBAIK

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)

REKOD PENCAPAIAN PROGRAM NILAM (SM)


SURAT ARAHAN