Isnin, 19 Januari 2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI 1 TAHUN 2026


 PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI 1 TAHUN 2026

Tarikh: 16 Januari 2026 (Jumaat)
Masa: 10.30 pagi – 11.30 pagi
Tempat: SMK Bukit Jalor

Anjuran: Pengurusan 3K (Unit Hal Ehwal Murid)



PENGENALAN PROGRAM:
Gotong-royong merupakan satu amalan murni yang wajar dipupuk dalam kalangan warga sekolah bagi mewujudkan semangat kerjasama, perpaduan serta rasa tanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah. Seiring dengan aspirasi Pendidikan MADANI, program ini dirancang untuk meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan kelas serta kawasan sekolah melalui penglibatan aktif guru, pelajar, ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Melalui pelaksanaan Program Gotong-Royong MADANI 1 Tahun 2026, persekitaran sekolah yang bersih, selesa dan teratur dapat diwujudkan sekali gus menyokong suasana pembelajaran yang kondusif. Program ini juga berperanan sebagai medium untuk memupuk nilai murni, sikap bekerjasama dan kesedaran sivik dalam kalangan seluruh warga sekolah.







OBJEKTIF PROGRAM :
Program ini dilaksanakan dengan objektif berikut:
Meningkatkan kesedaran warga sekolah terhadap kepentingan kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah.
Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan antara pelajar, guru, ibu bapa serta PIBG.
Mengindahkan kawasan pembelajaran agar lebih selesa, kemas dan menarik.
Menggalakkan sikap tanggungjawab dan keprihatinan terhadap kebersihan sekolah secara berterusan.



KUMPULAN SASARAN :
Program ini melibatkan penyertaan:
Semua guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)
Semua pelajar
Ahli PIBG
Ibu bapa dan penjaga



AKTIVITI PELAKSANAAN :
Aktiviti gotong-royong akan dijalankan secara berkumpulan mengikut kelas dan dipantau oleh guru kelas masing-masing. Antara aktiviti utama yang dilaksanakan ialah:
Membersihkan kelas termasuk menyapu lantai, mengelap meja dan papan putih.
Menyusun semula meja dan kerusi di dalam kelas dengan kemas dan teratur.
Membersihkan tingkap dan pintu kelas.
Memungut sampah di sekitar kawasan sekolah.
Mengasingkan bahan buangan untuk tujuan kitar semula.
Pelaksanaan aktiviti ini diharap dapat meningkatkan rasa tanggungjawab pelajar terhadap kebersihan ruang pembelajaran mereka.


JAWATANKUASA KERJA :

Pengerusi - 
En. Mohd Redzuan bin Shamsudin (Pengetua)
Timbalan Pengerusi - Pn. Sepiah binti Yunus (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi I - En. Mohamad Rafi bin Mohamad Janor (PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi II - Pn. Nor Lela binti Saharuddin (PK Kokurikulum)
Setiausaha - Pn. Siti Rohani binti Abdul Halim
Penolong Setiausaha - Cik Nur Natasya binti Mohd Miza

Ahli Jawatankuasa Pengurusan Unit 3K
Unit Kebersihan dan Keceriaan: Cik Lee Ching Yee
Unit Keselamatan: Cik Siti Nur Ashikin binti Jamal
Unit Kesihatan: Pn. Leha binti Mahmud
Unit Kebersihan (Pencegahan Denggi): Pn. Nurul Asyikin binti Ridzuan








PENUTUP :
Program Gotong-Royong MADANI 1 Tahun 2026 diharapkan dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan serta menjadi pemangkin kepada pembudayaan amalan menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah secara berterusan. Melalui kerjasama erat antara pihak pengurusan sekolah, guru, pelajar, ibu bapa dan PIBG, persekitaran sekolah yang bersih, selamat dan harmoni dapat diwujudkan demi kesejahteraan bersama dan kecemerlangan pendidikkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan