Anjuran: Unit Bimbingan dan Kaunseling
Dengan Kerjasama: Unit Kurikulum, Unit Hal Ehwal Murid, Unit Kokurikulum & Pusat Sumber al-Farabi
PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM
Saban tahun, pihak sekolah akan menyambut kehadiran pelajar Tingkatan 1 sebagai pelajar baharu pada awal sesi persekolahan. Sehubungan dengan itu, Program Pendaftaran dan Mesra Orientasi Tingkatan 1 dilaksanakan bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai suasana pembelajaran di sekolah menengah.
Program ini bertujuan membantu pelajar menyesuaikan diri sepanjang proses transisi daripada sekolah rendah ke sekolah menengah agar mereka lebih bersedia dari segi mental, emosi dan sosial. Selain itu, ibu bapa dan penjaga turut diberikan penerangan berkaitan visi dan misi sekolah serta maklumat penting berkaitan pengurusan sekolah bagi memastikan kerjasama berterusan antara pihak sekolah dan keluarga demi kecemerlangan akademik serta pembentukan sahsiah pelajar.
Melalui program ini, pelajar juga berpeluang mengenali persekitaran sekolah, warga pendidik, rakan-rakan baharu serta mengeratkan hubungan dengan rakan daripada sekolah rendah dalam suasana yang harmoni dan mesra.
OBJEKTIF PROGRAM
Memastikan proses pendaftaran pelajar Tingkatan 1 berjalan dengan teratur dan lancar.
Memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai peraturan serta suasana pembelajaran di sekolah menengah.
Membantu pelajar Tingkatan 1 menyesuaikan diri dengan baik di sekolah baharu.
Mewujudkan kesefahaman dan kerjasama antara guru serta ibu bapa/penjaga dalam usaha mencapai matlamat sekolah.
KUMPULAN SASARAN
Pelajar Tingkatan 1
SMK Bukit Jalor
BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM
Tarikh: 12 – 16 Januari 2026
JAWATANKUASA KERJA
Pengerusi
En. Mohd Redzuan bin Shamsudin
(Pengetua)
Timbalan Pengerusi
En. Mohamad Rafi bin Mohamad Janor
(PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi
Pn. Hjh. Sepiah binti Yunus
(PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2
Pn. Nor Lela binti Saharuddin
(PK Kokurikulum)
Setiausaha
Cik Marini binti Yayan Ahyarudin
(Guru Bimbingan dan Kaunseling)
Bendahari
Pn. Siti Rohani binti Abdul Halim
(Bendahari PIBG)
Ahli Jawatankuasa Kerja
Pelaporan / Dokumentasi
Cik Marini binti Yayan Ahyarudin
P.A. Sistem
En. Ismail bin Aziz
Pengawas Sekolah
Pendaftaran Ibu Bapa / Pelajar
1 UPM
Pn. Nurul Asyikin binti Ridzuan
Cik Badariah binti Rosli
1 USM
En. Mohd Fairul Izhar bin Mohd Zain
En. Amin Aiman bin Ariffin
Persiapan dan Pengemasan Tempat
En. Mohd Fairul Izhar bin Mohd Zain
Pekerja Swasta
PENUTUP
Diharapkan agar Program Pendaftaran dan Mesra Orientasi Tingkatan 1 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama semua pihak yang terlibat. Semoga program ini dapat memberikan impak positif kepada pelajar baharu, khususnya dalam membantu mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah menengah serta membina keyakinan diri untuk menghadapi alam persekolahan yang baharu










Tiada ulasan:
Catat Ulasan