Selasa, 11 Mac 2025

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BADAN KEPIMPINAN PELAJAR

Tarikh : 10 Mac 2025
 Hari : Isnin
 Tempat : Dewan Seri Jalor
 Dirasmikan oleh : Insp. Yosni Rabiatul Nadiah binti Yong
(Pegawai Perhubungan Sekolah SMK Bukit Jalor)
 Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling
 Dengan kerjasama : Unit Hal Ehwal Murid, Unit Disiplin &
Pusat Sumber al-Farabi SMK Bukit Jalor


















































PENGENALAN :

Pelaksanaan Majlis Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Pelajar ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada pelajar yang telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya di sekolah. Pengiktirafan ini dapat membantu mewujudkan kesedaran dalam kalangan pelajar yang telah dilantik bahawa amanah dan kepercayaan yang telah diberikan oleh guru kepada mereka untuk memimpin dan membimbing pelajar lain adalah satu tanggungjawab yang berat dan perlu dipikul sebaik mungkin. Sebagai pemimpin pelajar, mereka perlu sentiasa menunjukkan teladan yang baik untuk diikuti oleh rakan-rakan mereka dan membimbing pelajar lain untuk sentiasa mematuhi peraturan sekolah, serta menjadi pelajar yang menyumbang kepada pencapaian sekolah.

 

OBJEKTIF PROGRAM

1Memberikan pengiktirafan kepada pelajar yang terpilih sebagai pemimpin pelajar 

2. Memupuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan pelajar yang terpilih terhadap amanah dan tugas yang diberi

3. Meningkatkan motivasi pelajar lain untuk mencontohi rakan-rakan mereka yang terpilih sebagai pemimpin pelajar

 

KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar SMK Bukit Jalor


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan