Isnin, 3 Mac 2025

PELANCARAN IHYA' RAMADAN & WATIKAH PELANTIKAN IMAM & BILAL 2025

TARIKH : 28 FEBRUARI 2025
HARI : JUMAAT
TEMPAT  : DEWAN SERI JALOR
PERASMI : EN. MUHAMMAD BIN MUSTAFA
YDP PIBG SMK BUKIT JALOR
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam
 Dengan kerjasama : Pusat Sumber Al-Farabi SMK Bukit Jalor &
Unit Bimbingan Dan Kaunseling

PENGENALAN :

 Puasa di bulan Ramadan adalah merupakan salah  satu daripada rukun Islam. Ia adalah tetamu Allah swt yang cuma datang setahun sekali. Ambillah peluang Ramadhan yang tiba pada tahun ini kerana setiap detik sepanjang bulan Ramadan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini dan  mungkin kita tidak akan menemuinya pada tahun hadapan. Sesungguhnya bulan Ramadan merupakan satu perjalanan tarbiah yang sarat dengan pelbagai aktiviti dan pengisian untuk menyuci bersihkan jiwa manusia menjadi hamba-hamba Allah yang bertaqwa. Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PSS al- Farabi, SMK Bukit Jalor  telah merancang program "Ihya' Ramadan". Ianya bertujuan  untuk mengimarahkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Di samping itu, ia dapat memberi pendedahan dan galakan kepada seluruh warga Islam di SMK Bukit Jalor ini tentang kelebihan beramal di bulan mulia ini. Matlamat Program Ihya’ Ramadan adalah untuk melahirkan pelajar Islam yang berakhlak mulia, berdisiplin,berilmu dan berketerampilan serta dapat menyumbangkan ke arah pencapaian misi dan visi sekolah iaitu  Sahsiah Didahulukan, Akademik Diutamakan, Kokurikulum Dimantapkan”. Program ini juga bertujuan memberi penghargaan dan tanggungjawab kepada pelajar yang dipilih untuk memegang jawatan sebagai imam dan bilal sepanjang bulan Ramadhan hingga tamat sesi 2025/2026.

 

 OBJEKTIF PROGRAM :

1. Mengimarahkan bulan Ramadan dengan mempertingkatkan amal ibadat dan ilmu pengetahuan

2. Menerapkan akhlak dan sifat mahmudah  ke dalam jati diri para pelajar

3. Mengeratkan silaturrahim dikalangan warga SMK Bukit Jalor

4. Mewujudkan sikap bekerjasama dan tolong-menolong dikalangan warga sekolah

 

KUMPULAN SASARAN

 Semua guru, Anggota Kumpulan Pelaksana dan pelajar SMK Bukit Jalor























 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan