Khamis, 20 Mac 2025

KURSUS KEPIMPINAN BADAN KEPIMPINAN PELAJAR SMK BUKIT JALOR TAHUN 2025

PELAKSANAAN PROGRAM :
Tarikh  : 19 Mac 2025
Hari  : Rabu
Tempat : Dewan Seri Jalor
Penceramah : 1. En. Mohd Shaqib Izwan bin Mat Yusoff
      2. En. Mohd Kushairi bin Ismail
Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling
Dengan kerjasama : Unit Lembaga Pengawas, Unit Hal Ehwal Murid & Pusat Sumber Al-Farabi
SMK Bukit Jalor


PENGENALAN/ LATAR BELAKANG PROGRAM :

Badan Kepimpinan Pelajar merupakan satu badan yang dibentuk diperingkat sekolah yang bertujuan untuk mencungkil dan mengasah bakat kepimpinan dalam kalangan pelajar supaya dapat melahirkan generasi pemimpin muda yang dapat menyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Badan Kepimpinan Pelajar juga bertindak sebagai agen yang membantu guru dalam mengawal disiplin pelajar serta menjadi model contoh untuk dijadikan ikutan oleh pelajar lain. Justeru, dalam memastikan pemimpin pelajar yang telah dilantik ini dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang, kursus kepimpinan perlu diberikan kepada para pemimpin ini agar mereka dapat mempelajari dan memantapkan lagi kemahiran yang diperlukan sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan berketerampilan yang boleh menjadi suri teladan kepada rakan pelajar dan membantu mengawal disiplin juga sahsiah pelajar. 


ATURCARA PROGRAM :


 

7.30 pagi:

Pelajar berkumpul di Dewan Seri Jalor

8.00 pagi:

Slot 1 – Ceramah Motivasi Kepimpinan oleh En. Mohd Shaqib Izwan

10.00 pagi:

Rehat

10.30 pagi:

Slot 2 – Ceramah Motivasi Kepimpinan oleh Ustaz Kushairi

12.30 tengahari:

Penilaian program dan penutup

1.00 petang:

Bersurai



























OBJEKTIF PROGRAM :

1. Meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar agar untuk menaikkan tahap kecemerlangan diri

2. Membentuk kumpulan pelajar yang boleh bertindak sebagai pemimpin dan inspirasi kepada pelajar lain untuk sentiasa menjaga disiplin dan sahsiah diri

3. Mewujudkan kerjasama antara setiap badan pemimpin pelajar untuk sentiasa berganding bahu dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diberi oleh pihak sekolah


KUMPULAN SASARAN :  

· 40 Pengawas Sekolah

· 37 Pengawas Pusat Sumber

· 14 Pembimbing Rakan Sebaya



Tiada ulasan:

Catat Ulasan