Majlis Penghargaan Badan Kepimpinan Pelajar.
Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
HARI : KHAMIS
TARIKH : 23 NOVEMBER 2023
MASA : 09.00pagi
TEMPAT : ANJUNG ILMU
ANJURAN : UNIT HAL EHWAL MURID dengan kerjasama PUSAT SUMBER AL-FARABI.
PENGENALAN :
Lembaga disiplin dan pengawas sekolah merupakan tunjang utama dalam menentukan dan meningkatkan disiplin murid-murid ke tahap yang maksimum. Selain itu, pengawas-pengawas juga dibentuk untuk menjadi pemimpin yang berwibawa dan berketerampilan.
Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah satu unit yang terdiri daripada murid-murid sekolah yang bergiat aktif dalam menjayakan program sekolah dibawah kendali Pusat Sumber. Badan ini akan membantu pusat sumber menjalankan pelbagai aktiviti sama ada di dalam pusat sumber mahupun di sekitar sekolah untuk mencapai matlamat dan objektig PSS.
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) merupakan satu badan kepimpinan sekolah yang diiktiraf di atas sumbangan kepada pihak sekolah. Ia menyumbang kepada program perkembangan sahsiah dan disiplin murid di sekolah. Peranan PRS juga sebagai agen kepada guru bimbingan dan kaunseling dalam mengenal pasti masalah murid.
Penyampaian hadiah dan sijil kepada Guru Kaunseling, Pn. Affaiza binti Dawam.
Tn. Pengetua menyampaikan cederahati kepada En. Muhammad Rafi bin Janor, Pen. PPD,Unit Sumber dan Teknologi.
OBJEKTIF :
- Menghargai jasa dan bantuan pasukan Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya yang membantu guru dan pihak sekolah dalam pelbagai program sekolah.
- Melahrkan pemimpin pengawas yang berdisiplin, bertanggung-jawab serta berkebolehan dalam bidang kokurikulum.
- Mengeratkan silaturahim diantara guru dan para pemimpin sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan