Khamis, 19 Oktober 2023

KARNIVAL STEM & TVET 2023

 

Tarikh : 18 Oktober hingga 8 November 2023
Masa : 2.30 petang
Hari : Rabu
Tempat : Dewan Seri Jalor
Perasmi : Pn. Alin binti Abdullah
Timbalan PPD Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Daerah Tampin.





                                                                  Gimik pelancaran.


Pengenalan :

Pendidikan TVET dan STEM semakin mendapat perhatian dalam era ekonomi global dan berkembang pesat. Pendidikan TVET merujuk kepada pempelajaran yang bertumpu kepada pembangunan kemahiran teknikal dan vokasional, manakala pendidikan STEM merujuk kepada pembelajaran yang memfokuskan kepada sains, teknologi, kejuruteraaan dan matematik.

    Kedua-dua pendidikan ini memainkan peranan penting dalam pempersiapkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan dapat menyesuaikan diri dengan permintaan pasaran pekerjaan yang semakin mencabar di era revolusi industri 4.0 (IR 4.0) ini. Pendidikan TVET membolehkan pelajar mempelajari kemahiran teknikal yang berkaitan dengan bidang pekerjaan tertentu, manakala pendidikan STEM memperkukuhkan pemikiran kritikal, kreativiti dan kemahiran analisis sains dan matematik yang dapat diaplikasikan dalam pelbagai bidang pekerjaan.

    Pendidikan TVET dan STEM juga dapat membantu memperbaiki kualiti dan kecekapan sektor industri dan meningkatkan daya saing negara dalam ekonomi global (Abdul Hamid & Mahyuddin, 2019). Pendidikan TVET dan STEM memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari kemahiran yang lebih praktikal dan lansung berkaitan dengan permintaan pasaran pekerjaan yang seterusnya membantu meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat.




                                                                Lagi gimik pelancaran.

                                                    Perasmi dan para pentadbir sekolah.


    Ucapan dari perasmi.


Taklimat Program (TVET)
Pn. Zanariah binti Abdul Hamid.


Taklimat Program STEM
Pn. Julaidah binti Subuh.


                                        Bacaan doa oleh pelajar Putra Ammar Syahmi bin Azhar.

Objektif :

  • Mencungkil bakat dan minat dalam bidang TVET dan STEM.
  • Menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas dan kemahiran.
  • Menyemai sikap bertanggung-jawab dan kesungguhan supaya menjadi pelajar yang berguna dan produktif.
  • Membina asas yang kukuh kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang pengajian TVET dan STEM dimasa hadapan.

                                    Penyampaian hadiah kepada pelajar sempena kuiz spontan.


                                    Penyampaian hadiah kepada pelajar sempena kuiz spontan.


 Penyampaian hadiah kepada pelajar sempena kuiz spontan.


Guru Penolong Kanan 1 menyampaikan cenderahati kepada perasmi.







    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan