Isnin, 27 November 2023

LAWATAN PENANDA ARAS PP AL-FARABI

 TARIKH    :    23 NOVEMBER 2023

HARI    :    KHAMIS

MASA    :    02.00petang

TEMPAT    :    SMK BUKIT JALOR


JARINGAN PENDIDIKAN BERSAMA SMK DATO MOHD TAHA


Mengabdikan kenangan di dalam Perpustakaan Al-Farabi.


PENGENALAN :

Usaha meningkatkan pencapaian prestasi sekolah merupakan isu pertama bagi sekolah-sekolah yang ingin mencapai aspirasi yang telah digariskan dalam Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selaras dengan itu, dalam usaha mendapatkan idea dan inspirasi, langkah-lagkah meningkatkan prestasi dilaksanakan oleh SMK Dato' Mohd Taha dengan mengadakan Program Lawatan Penanda Aras ke PSS Al-Farabi, SMK Bukit Jalor.

Penanda aras ini adalah sebagai satu wadah perkongsian ilmu tentang pengurusan perpustakaan dalam kalangan guru-guru yang diterajui oleh barisan pentadbir dan jawatankuasa PSS sekolah. Hal ini juga dapat membantu meningkatkan mutu dan kualiti sekolah melalu perkongsian idea yang bernas demi mencapai kecemerlangan dan kemenjadian murid.


Bergambar di dalam Makmal ICT.


Bergambar di dalam Makmal MPV.


MATLAMAT :

Merencana, merancang dan menggembleng tenaga dengan kebijaksanaan intelektual membangun potensi murid dengan cara kolaborasi pintar untuk memacu kecemerlangan murid.


Mendengar penerangan dari guru yang menguruskan Studio Green Screen.


                                             Bergambar di dalam Bilik SMART Class Room.


                                                     Bergambar di dalam Bilik STEM.

Bergambar di dalam Galeri Sejarah.

OBJEKTIF :

  • Meningkatkan pengelaman dan pengetahuan guru-guru dalam pengurusan perpustakaan dan bilik-bilik khas di sekolah.
  • Dapat mengadakan perbincangan dari segi akademik, pengurusan dan infrastruktur sedia ada sebagai penanda aras dalam membuat penambahbaikkan yang diperlukan oleh SMK Dato' Moha Taha dan SMK Bukit Jalor.
  • Memurnikan budaya kerja cemerlang dalam kalangan guru agar dapat memacu sekolah dalam semua aspek termasuk amalan KBAT dan nilai-nilai sivik seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 

SASARAN :

Pihak pentadbir dan guru-guru SMK Dato' Mohd Taha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan