Jumaat, 10 Januari 2025

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI RUMAH IBADAT

TARIKH    :    10 JANUARI 2025
HARI    :    JUMAAT
MASA    :    07.30 PAGI - 11.30 PAGI
TEMPAT    :    1. MASJID KHARIAH AIR KUNING
                         2. TOKONG CINA AIR KUNING
                         3. KUIL HINDU AIR KUNING
                       4. MASJID KHARIAH FELDA BUKIT JALOR
TURUT HADIR    :    YB TUAN SUHAIMIZAN BIZAR
                                                                      PJK, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SEMBILAN 

OBJEKTIF :

- Membantu pelajar memahami dan menghormati pelbagai budaya serta agama yang diamalkan oleh      kaum lain melalui pendedahan secara lansung kepada rumah ibadah masing-masing.
- Mengeratkan hubungan yang erat antara pelajar pelbagai kaum dengan melibatkan mereka dalam aktiviti gotong-royong secara bersama.
- Membina sikap tanggung-jawab, prihatin dan rasa hormat terhadap rumah ibadah sebagai tempat suci bagi setiap komuniti agama.
- Memberi penekanan kepada kepentingan kebersihan bukan saja di rumah ibadah tetapi dalam kehidupan seharian.
- Menanam sikap kesukarelawan dan semangat berbakti kepada komuniti dalam kalangan pelajar dan warga sekolah.
- Memberi peluang kepada pelajar untuk mengenal fungsi rumah ibadah dalam komuniti tertentu dan menghargai nilai sejarah serta budaya yang dimiliki.










































 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan