Selasa, 31 Disember 2024

MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN & RESTU ILMU SPM 2024

 

Tarikh : 30 Disember 2024
Masa : 09.00 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Jalor
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam & 
Unit Bimbingan dan Kaunseling

PENDAHULUAN :

Dalam menghadapi SPM, penting untuk pelajar membuat pemantapan rohani selain hanya membuat persediaan akademik. Oleh itu, pihak Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling menganjurkan majlis bacaan Yasin dan Solat Hajat bagi mendidik pelajar kepentingan untuk memanjatkan hajat kepada Allah SWT supaya diberi keyakinan dan ketenangan dalam menghadapi peperiksaan. Pelaksanaan Majlis Restu Ilmu pula bertujuan untuk memberi suntikkan moral dan motivasi kepada pelajar untuk memberikan yang terbaik dalam peperiksaan setelah mendapat restu dan kata-kata semangat daripada guru yang telah mengajar mereka sepanjang Tingkatan 5.

Slot motivasi oleh Imam Masjid Air Kuning Selatan

Turut dihadiri oleh ibu bapa pelajar

Tn Pengetua SMK Bukit Jalor menyampaikan cenderahati kepada Imam Masjid AKS

Ucapan Tn Pengetua, En Noor Haslin bin Moksin

Ucapan dari wakil Guru Kanan Mata Pelajaran, cikgu Chand

Penyampaian Kit Restu Ilmu SPM 















Sesi bersalaman mohon restu


Solat hajat


Ucapan wakil guru

Guru bersama pelajar sebelum bersurai

OBJEKTIF :
  1. Memberikan semangat kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM dengan yakin dan tenang.
  2. Memberikan dorongan moral kepada pelajar melalui sesi mendapat restu daripada para guru.
  3. Menerapkan eleman rohaniah dalam kalangan pelajar sebagai salah satu eleman penting dalam kehidupan.
  4. Mengeratkan jalinan kerjasama dan uhkuwah antara pihak sekolah dan ibu bapa/ penjaga pelajar dalam perkara yang melibatkan hal ehwal pelajar.

SASARAN :

Pelajar Tingkatan 5, guru dan ibu bapa/ penjaga SMK Bukit Jalor.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan