TARIKH : 17 - 20 DISEMBER 2024
TEMPAT : SMK BUKIT JALOR
PERASMI : EN NOOR HASLIN BIN MOKSIN
PENGETUA SMK BUKIT JALOR
PENGELOLA :
PANITIA SAINS
PANITIA MATEMATIK & MATEMATIK TAMBAHAN
PANITIA BIOLOGI
PANITIA FIZIK
PANITIA KIMIA
PANITIA ASK & SAINS KOMPUTER
KERJASAMA : PSS SMK BUKIT JALOR
TEMA : STEM UNTUK SEMUA
PENDAHULUAN :
Program Tranformasi Sekolah 3.0 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. TS25 mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan mengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.
Sejajar dengan kepentingan pelaksanaandan keberhasilan yang diharapkan untuk meningkatkan penguasaan murid-murid dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Engineering) dan Matematik (STEM) yang diperkenankan oleh kerajaan.
RASIONAL :
Karnival Sains dan Matematik 2024 SMK Bukit Jalor merupakan satu usaha pihak sekolah yang terancang dan berperingkat untuk mencapai hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia bagi meningkatkan kemenjadian murid seterusnya mampu melahirkan modal insan unggul dalam penguasai semua kemahiran Sains dan Matematik. Maka usaha memperkasakan Sains dan Matematik perlu dibangunkan bersama-sama dalam meningkatkan pencapaian dalam semua bidang Sains dan Matematik. Sekali gus, membentuk modal insan yang mempunyai minat dan mengusai kemahiran Sains dan Matematik yang dipelajari di sekolah. Selain itu, program ini dapat meningkatkan kemahiran Sains dan Teknologi yang amat diberi penekanan oleh kerajaan dan KPM khasnya.
MATLAMAT :
Menanamkan kecintaan terhadap subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat (Sains Komputer) dan subjek sains tulen iaitu Matematik Tambahan, Biologi, Fizik dan Kimia.
OBJEKTIF :
- Membuka minda murid bahawa Sains adalah fenomena yang berlaku di sekeliling mereka.
- Menyedarkan murid bahawa Sains dan Matematik adalah pelajaran yang menyeronokkan di samping mencabar minda.
- Mencungkil bakat kepantasan menyelesaikan masalah semasa pertandingan.
- Menarik minat murid supaya memberi lebih tumpuan semasa PdP Sains dan Matematik di dalam kelas pdpc.
- Membuka peluang meneroka alam Sains dan Matematik di luar waktu pdp melalui pertandingan dan permainan.
- Melatih murid mencari informasi berguna menggunakan teknologi komputer.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan