TARIKH : 28 DISEMBER 2024MASA : 08.00 MALAMTEMPAT : KEMUNTING BEACH RESORT, MELAKA
Barisan guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana yang menerima Anugerah Hari Kualiti, sesi yang pertama disampaikan oleh Tn Hj Hafiszal bin Umar, Guru Penolong Kanan 1
Barisan guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana yang menerima Anugerah Hari Kualiti, sesi yang ke dua, disampaikan oleh Tn Pengetua, En Noor Haslin bin Moksin
PENGENALAN :
Jamuan Makan Malam dan Hari Kualiti SMK Bukit Jalor yang diadakan khas untuk guru dan AKP adalah satu acara istimewa bagi mengenang jasa serta sumbangan mereka dalam mendidik dan memastikan kelancaran pengurusan sekolah. Guru dan AKP memainkan peranan penting sebagai tulang belakang kejayaan sekolah samada dalam aspek akedemik, kokurikulum mahupun pentadbiran.
Majlis ini juga bertujuan untuk menghargai dedikasi mereka yang telah bertungkus-lumus mencurahkan ilmu, komitmen dan khidmat kepada pelajar serta sekolah. Dengan suasana yang penuh penghargaan dan penghormatan, program ini diharap dapat menyuntik semangat kepada guru dan AKPuntuk terus memberikan yang terbaik.
Semua guru dan AKP SMK Bukit Jalor telah mendapat Cabutan Bertuah
`
Penyampaian Anugerah "Best Dress of Arabic Night" oleh Tn Pengetua, En Noor Haslin bin Moksin
Pengacara majlis, cikgu Siti Aishah binti Malek
Pengacara majlis, cikgu Siti Aishah binti Malek
OBJEKTIF :
- Menghargai jasa dan sumbangan guru dan AKP terhadap pembangunan serta kejayaan SMK Bukit Jalor.
- Memberikan pengiktirafan kepada guru dan AKP yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelbagai bidang.
- Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dan AKP untuk membina semangat kerja berpasukan yang lebih kukuh.
- Mewujudkan suasana harmoni dan penghargaan dalam kalangan warga pendidik dengan AKP SMK Bukit Jalor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan