Khamis, 1 Februari 2024

PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI 2

TARIKH : 01 FEBRUARI 2024
HARI : KHAMIS
MASA : 08.00 pagi hingga 02.00petang
TEMPAT : SMK BUKIT JALOR


PENDAHULUAN :

YAB Perdana Menteri telah membentangkan belanjawan 2023: Membangunkan Malaysia MADANI pada 24 Februari 2023. Berdasarkan pembentangan tersebut, peruntukkan sebanyak RM20 juta telah diumumkan bagi pelaksanaan program gotong-royong di sekolah KPM seluruh Malaysia. 

Program gotong-royong MADANI 2023 bertujuan memupuk perpaduan dalam kalangan warga pendidikan dan mengaktifkan peranan ibubapa, masyarakat, komuniti, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam membangunkan kemenjadian murid.

Jawatankuasa induk kebersihan, kesihatan dan keselamatan (3K) telah diwujudkan sejak tahun 2008 bagi memantau dan menambahbaik aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan institusi pendidikan KPM. Peranan ini direalisasikan di sekolah melalui jawatankuasa pengurusan 3K peringkat sekolah. Program gotong-royong merupakan satu aktiviti bawah program 3K.

Program gotong-royong merupakan aktiviti luar bilik darjah selaras dengan kurikulum pendidikan MORAL dan Pendidikan Sivik.








OBJEKTIF :
  • Meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah.
  • Mengeratkan kerjasama antara sekolah dengan komuniti melalui penglibatan agensi awam, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).
  • Memupuk perpaduan dalam kalangan ibubapa dan komuniti setempat.
  • Membudayakan amalan gotong-royong dalam kalangan warga sekolah (murid, guru dan anggota khidmat pengurusan).
  • Memmupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti kerjasama, bertanggung-jawab, bertolak ansur dan rajin.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan