Khamis, 8 Februari 2024

HARI PERPADUAN SILANG BUDAYA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2024

HARI PERPADUAN SILANG BUDAYA PERINGKAT SEKOLAH
TARIKH : 06 FEBRUARI 2024
HARI : SELASA
MASA : 07.30 PAGI
TEMPAT : SMK BUKIT JALOR




MATLAMAT Program Perpaduan Silang Budaya Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2024 adalah berlandaskan kepada Awareness, Interest, Desire and Action (AIDA). Mewujudkan kesedaran betapa pentingnya program ini kepada murid-murid dalam memupuk perpaduan.

Selain itu, program ini dapat menarik minat murid terhadap aktiviti-aktiviti silang budaya berkonsepkan perpaduan. Ini akan dapat menimbulkan keinginan yang tinggi murid untuk berkerjasama antara kaum di dalam sebarang aktiviti dewasa kelak. Akhirnya murid akan dapat bertindak sendiri kerana murid telah menghayati semangat perpaduan berbilang kaum di dalam kehidupan seharian. Murid akan dapat berkerjasama antara satu kaum dengan kaum lain tanpa mengira bangsa dan agama.






OBJEKTIF Memberi pendedahan kepada murid mengenai realiti kehidupan masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum dan saling mempelajari mengenai budaya masing-masing antara satu sama lain dalam suasana yang harmoni dan aman damai. Menerapkan nilai hormat dan memahami perbezaan antara pelbagai kaum dan saling memupuk nilai-nilai perpaduan. Melestarikan elemen kebudayaan bermula di peringkat sekolah di samping memelihara kepelbagaian elemen kebudayaan sedia ada.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan