Isnin, 27 November 2023

LAWATAN PENANDA ARAS PP AL-FARABI

 TARIKH    :    23 NOVEMBER 2023

HARI    :    KHAMIS

MASA    :    02.00petang

TEMPAT    :    SMK BUKIT JALOR


JARINGAN PENDIDIKAN BERSAMA SMK DATO MOHD TAHA


Mengabdikan kenangan di dalam Perpustakaan Al-Farabi.


PENGENALAN :

Usaha meningkatkan pencapaian prestasi sekolah merupakan isu pertama bagi sekolah-sekolah yang ingin mencapai aspirasi yang telah digariskan dalam Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selaras dengan itu, dalam usaha mendapatkan idea dan inspirasi, langkah-lagkah meningkatkan prestasi dilaksanakan oleh SMK Dato' Mohd Taha dengan mengadakan Program Lawatan Penanda Aras ke PSS Al-Farabi, SMK Bukit Jalor.

Penanda aras ini adalah sebagai satu wadah perkongsian ilmu tentang pengurusan perpustakaan dalam kalangan guru-guru yang diterajui oleh barisan pentadbir dan jawatankuasa PSS sekolah. Hal ini juga dapat membantu meningkatkan mutu dan kualiti sekolah melalu perkongsian idea yang bernas demi mencapai kecemerlangan dan kemenjadian murid.


Bergambar di dalam Makmal ICT.


Bergambar di dalam Makmal MPV.


MATLAMAT :

Merencana, merancang dan menggembleng tenaga dengan kebijaksanaan intelektual membangun potensi murid dengan cara kolaborasi pintar untuk memacu kecemerlangan murid.


Mendengar penerangan dari guru yang menguruskan Studio Green Screen.


                                             Bergambar di dalam Bilik SMART Class Room.


                                                     Bergambar di dalam Bilik STEM.

Bergambar di dalam Galeri Sejarah.

OBJEKTIF :

  • Meningkatkan pengelaman dan pengetahuan guru-guru dalam pengurusan perpustakaan dan bilik-bilik khas di sekolah.
  • Dapat mengadakan perbincangan dari segi akademik, pengurusan dan infrastruktur sedia ada sebagai penanda aras dalam membuat penambahbaikkan yang diperlukan oleh SMK Dato' Moha Taha dan SMK Bukit Jalor.
  • Memurnikan budaya kerja cemerlang dalam kalangan guru agar dapat memacu sekolah dalam semua aspek termasuk amalan KBAT dan nilai-nilai sivik seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 

SASARAN :

Pihak pentadbir dan guru-guru SMK Dato' Mohd Taha.

Jumaat, 24 November 2023

MAJLIS PENGHARGAAN BADAN KEPIMPINAN PELAJAR

 

Majlis Penghargaan Badan Kepimpinan Pelajar.
Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

HARI              :    KHAMIS
TARIKH         :    23 NOVEMBER 2023
MASA            :     09.00pagi 
TEMPAT        :     ANJUNG ILMU
ANJURAN    :    UNIT HAL EHWAL MURID dengan kerjasama PUSAT SUMBER AL-FARABI.

PENGENALAN :

Lembaga disiplin dan pengawas sekolah merupakan tunjang utama dalam menentukan dan meningkatkan disiplin murid-murid ke tahap yang maksimum. Selain itu, pengawas-pengawas juga dibentuk untuk menjadi pemimpin yang berwibawa dan berketerampilan.

Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah satu unit yang terdiri daripada murid-murid sekolah yang bergiat aktif dalam menjayakan program sekolah dibawah kendali Pusat Sumber. Badan ini akan membantu pusat sumber menjalankan pelbagai aktiviti sama ada di dalam pusat sumber mahupun di sekitar sekolah untuk mencapai matlamat dan objektig PSS.

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) merupakan satu badan kepimpinan sekolah yang diiktiraf di atas sumbangan kepada pihak sekolah. Ia menyumbang kepada program perkembangan sahsiah dan disiplin murid di sekolah. Peranan PRS juga sebagai agen kepada guru bimbingan dan kaunseling dalam mengenal pasti masalah murid.

Ucapan dari Tuan Pengetua, En Noor Haslin bin Moksin.


Ucapan perasmian dari En. Aminuddin bin Jaffar, Pen. PPD, Unit HEM.


Penyampaian hadiah dan sijil kepada Guru Perpustakaan dan Media, Pn. Zanariah binti Abdul Hamid.


Penyampaian hadiah dan sijil kepada Guru Kaunseling, Pn. Affaiza binti Dawam.



                          Penyampaian hadiah dan sijil kepada Guru Pengawas, En. Ismail bin Aziz.


                      Tn. Pengetua menyampaikan cenderahati kepada En. Aminuddin bin Jaafar.



Tn. Pengetua menyampaikan cederahati kepada En. Muhammad Rafi bin Janor, Pen. PPD,Unit Sumber dan Teknologi.


                                  Sebahagian gambar penyampaian sijil kepada para pengawas.



 Sebahagian gambar penyampaian sijil kepada para pengawas.



Barisan tetamu jemputan bersama pengawas sekolah.


                            Barisan tetamu jemputan bersama pengawas pusat sumber sekolah.



                             Barisan tetamu jemputan bersama pembimbing rakan sebaya (PRS)



                                         Barisan tetamu jemputan bersama guru yang terlibat.

OBJEKTIF :

  1. Menghargai jasa dan bantuan pasukan  Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya yang membantu guru dan pihak sekolah dalam pelbagai program sekolah.
  2. Melahrkan pemimpin pengawas yang berdisiplin, bertanggung-jawab serta berkebolehan dalam bidang kokurikulum.
  3. Mengeratkan silaturahim diantara guru dan para pemimpin sekolah.