Tempat : Dewan Seri Jalor.
Hari : Khamis
Tarikh : 18 Ogos 2022.
Hari : Khamis
Tarikh : 18 Ogos 2022.
Konsep Sekolahku SEJAHTERA telah dilancarkan dan diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi bin Jidin pada 21 Februari 2022. Konsep ini memberi penekanan terhadap nilai murni secara semulajadi dalam pembelajaran dan pengajaran. Ianya wajar diaplikasi dalam kalangan murid dan seluruh warga sekolah ke arah pembentukkan budaya amalan baik secara berterusan.
Ucapan Perasmian oleh Tn. Pengetua SMK Bukit Jalor, En. Noor Haslin bin Moksin.
MATLAMAT PROGRAM
Membentuk budaya amalan baik di sekolah menerusi 14 elemen yang terkandung dalam konsep Sekolahku SEJAHTERA.
OBJEKTIF PROGRAM
- Memastikan murid dan warga sekolah mengetahui dan memahami konsep Sekolahku SEJAHTERA menerusi penerapan 14 elemen Sekolah SEJAHTERA.
- Mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai prestasi diri.
- Membolehkan murid meneroka pelbagai cabang ilmu, idea dan penemuan baharu, sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah.
- Mewujudkan semangat mencintai persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan berinformasi.
Semua guru & pelajar menyanyikan lagu Sekolahku Sejahtera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan