Khamis, 14 Julai 2022

PROGRAM TIGA PENJURU DAN PENETAPAN TARGET SPM 2022.


Tarikh : 14 Julai 2022
Hari : Khamis
Masa : 2.00 - 4.30 ptg
Tempat : Dewan Seri Jalor, SMK Bukit Jalor


Program Perjumpaan Tiga Penjuru dan Penetapan Target 2022 merupakan program yang diadakan khas untuk ibubapa/penjaga bagi mengetahui prestasi anak-anak mereka. Perjumpaan ini juga merupakan medium untuk bermuafakat dan bermusyawarah dalam membincangkan isu pembelajaran murid Tingkatan 5. Ibubapa akan mengetahui prestasi anak mereka dalam akademik serta mereka dapat memberi perhatian terhadap pencapaian anak mereka.Olej itu, penetapan target murid-murid Tingkatan 5 diadakan serentak dengan perjumpaan tiga penjurubagi meningkatkan motivasi murid dan ibubapa dalam mengejar kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM bagi tahun 2022.


Sesi tiga penjuru.

 


MATLAMAT :

Program ini diadakan bagi membolehkan perbincangan tiga penjuru di antara guru, ibubapa dan murid bagi mengenal pasti kelemahan murid dan seterusnya meningkatkan prestasi murid. Disamping itu, untuk menyatakan kesepaduan dan permuafakatan yang tinggi daripada ibubapa, guru dan murid tingkatan 5bagi melealisasikan impian mencapai kejayaan cemerlang dengan menandatangani borang penetapan target dan borang akujanji yang disaksikan oleh ibubapa/penjaga murid.

OBJEKTIF :

  • Meningkatkan kemenjadian murid melalui permuafakatan ibubapa dan guru.
  • Memastikan penyaluran maklumat kepada ibubapa tentang prestasi anak-anak berjalan dengan lancar serta program-program kecemerlangan yang diaturkan oleh pihak sekolah.
  • Meningkatkan peratus keseluruhan SPM 2022 pada tahun ini dengan adanya kerjasama yang baik daripada ibubapa pelajar.
  • Memberi kerjasama dengan pihak sekolah dalam pelbagai aspek demikejayaan dan kepentingan anak masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan