Tempat : Dewan Seri Jalor, SMK. Bukit Jalor,
Tarikh : 30 Mei 2022 - Isnin,
Masa : 07.30 - 08.30 pagi.
Pengawas Sekolah.
Pembimbing Rakan Sebaya.
Pengawas Pusat Sumber.
Lembaga disiplin dan pengawas sekolah merupakan tunjang utama dalam menentukan dan meningkatkan disiplin muris-murd ke tahap yang maksimum. Selain itu, pengawas-pengawas juga dibentuk untuk menjadi pemimpin yang berwibawa dan berketerampilan.
Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah satu unit yang terdiri daripada murid-murid sekolah. Badan ini akan membantu pusat sumber menjalankan pelbagai aktiviti untuk mencapai matlamat dan objektif PSS.
Pemimbing Rakan Sebaya (PRS) merupakan satu badan kepimpinan sekolah yang diiktiraf di atas sumbangan kepada pihak sekolah. Ia menyumbang kepada program pembangunan sahsiah dan disiplin murid di sekolah. Peranan PRS juga sebagai agen kepada guru bimbingan dan kaunseling dalam mengenalpasti masalah murid.
OBJEKTIF :
- Mengiktiraf dan menghargai sumbangan badan pengawas sebagai salah satu organisasi kepimpinan sekolah.
- Memupuk semangat kepimpinan, sikap berdedikasi dan bertanggungjawab dalam kalangan pengawas.
- Memupuk disiplin dan sahsiah terpuji dalam kalangan pelajar.
SASARAN :
Semua Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya
- 38 orang Pengawas Sekolah.
- 23 orang Pengawas Pusat Sumber.
- 22 orang Pembimbing Rakan Sebaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan