Tempat : SMK. Bukit Jalor,
Tarikh : 26 Mei 2022 - Khamis,
Masa : 07.70 - 10.30 pagi.
Program ini merupakan aktiviti sekolah untuk memberi pendedahan dan memberi peluang kepada pelajar untuk aktif serta melahirkan pelajar-pelajar SMK. Bukit Jalor yang sihat dan cergas.
Dengan adanya program ini, diharap agar pelajar dapat mengembangkan bakat-bakat dalam sukan. Disamping itu, pelaksanaan kejohanan merentas desa dapat mewujudkan pelajar yang peka terhadap amalan gaya hidup sihat.
Pelepasan pelajar perempuan P15.
Pelepasan pelajar lelaki L15.
Acara sebelum bermula merentas desa, membuat regangan.
Para peserta mulai sampai ke garisan penamat.
Objektif :
- Mewujudkan dan menjalinkan ikatan perpaduan, memperluaskan pergaulan dan memupuk interaksi yang sihat dikalangan pelajar.
- Menanam, memupuk dan mengembangkan kesedaran secara mendalam kepada masyarakat khususnya pelajar terhadap aktiviti sukan.
- Menarik minat, menyediakan peluang dan menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti sukan untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas.
- Belanja berhemah dan berkonsepkan kesederhanaan dengan tidak mengabaikan mutu pertandingan dan kemeriahan kejohanan.
- Melahirkan bakat-bakat sukan dalam kalangan pelajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan