Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah telah dijalankan pada 31 Mei 2022(Selasa). Majlis ini dikendalikan sepenuhnya oleh PIBG dan PIBK SMK Bukit Jalor. Pelbagai aktiviti dan persembahan disediakan bagi meraikan Hari Guru SMKBJ bagi tahun 2022.
Pusat Sumber Al Farabi
Selasa, 31 Mei 2022
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SMKBJ 2022
Isnin, 30 Mei 2022
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PEMIMPIN PELAJAR.
Tarikh : 30 Mei 2022 - Isnin,
- Mengiktiraf dan menghargai sumbangan badan pengawas sebagai salah satu organisasi kepimpinan sekolah.
- Memupuk semangat kepimpinan, sikap berdedikasi dan bertanggungjawab dalam kalangan pengawas.
- Memupuk disiplin dan sahsiah terpuji dalam kalangan pelajar.
- 38 orang Pengawas Sekolah.
- 23 orang Pengawas Pusat Sumber.
- 22 orang Pembimbing Rakan Sebaya.
Khamis, 26 Mei 2022
KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUN 2022.
Tarikh : 26 Mei 2022 - Khamis,
Masa : 07.70 - 10.30 pagi.
Program ini merupakan aktiviti sekolah untuk memberi pendedahan dan memberi peluang kepada pelajar untuk aktif serta melahirkan pelajar-pelajar SMK. Bukit Jalor yang sihat dan cergas.
Dengan adanya program ini, diharap agar pelajar dapat mengembangkan bakat-bakat dalam sukan. Disamping itu, pelaksanaan kejohanan merentas desa dapat mewujudkan pelajar yang peka terhadap amalan gaya hidup sihat.
- Mewujudkan dan menjalinkan ikatan perpaduan, memperluaskan pergaulan dan memupuk interaksi yang sihat dikalangan pelajar.
- Menanam, memupuk dan mengembangkan kesedaran secara mendalam kepada masyarakat khususnya pelajar terhadap aktiviti sukan.
- Menarik minat, menyediakan peluang dan menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti sukan untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas.
- Belanja berhemah dan berkonsepkan kesederhanaan dengan tidak mengabaikan mutu pertandingan dan kemeriahan kejohanan.
- Melahirkan bakat-bakat sukan dalam kalangan pelajar.
Rabu, 25 Mei 2022
PELANCARAN DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN (DMK) & NILAM.
Tarikh : 25 Mei 2022.
Masa : 02.00 hingga 02.30 petang.
Tempat : Dewan Seri Jalor.
Program ini bertujuan mendorong warga SMK Bukit Jalor dan tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan dan kemudiannya meneruskan amalan membaca. NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dan sedang dijalankan di sekolah dengan memberikan pengiktirafan yang sesuai kepada murid. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah yang menghalang kepada penyuburan tabiat membaca.
Matlamat
Membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat.
Sasaran
Semua warga SMK. Bukit Jalor.
Rabu, 18 Mei 2022
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2022 SMKBJ.
Tempat : Dewan Seri Jalor.
Tarikh : 18 Mei 2022/17 Syawal 1443H.
Masa : 01.50tghri hingga 04.00ptg.
Kami warga SMK. Bukit Jalor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin serta sekalung terima kasih kepada semua warga SMK. Bukit Jalor, AJK PIBG & PIBK serta semua tetamu yang sudi hadir ke majlis kami..
Rabu, 11 Mei 2022
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PEMIMPIN MURID, PERSATUAN, BADAN BERUNIFORM DAN SUKAN & PERMAINAN SESI 1/2022.
Hari : Rabu.
Tempat : Dewan Seri Jalor.
Perasmi : Tuan Noor Haslin bin Moksin ( Pengetua SMKBJ ).
Aktiviti kokurikulam merupakan salah satu aktiviti yang dapat mendidik para pelajar berpengetahuan, berkemahiran dan berketerampilan. Oleh itu, Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha dibentuk untuk menjadi pemimpin yang berwibawa dan berketerampilan.
Matlamat
- Memberi pengiktirafan kepada murid yang terpilih.
- Memperkenalkan kepada murid-murid barisan Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha.
- Memberi contoh tauladan kepada murid mengenai pelaksanaan majlis rasmi.
- Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
- Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan tugas dengan baik.
- Menggalakkan murid lain agar dapat mencontohi rakan-rakan yang terpilih.