Alhamdulillah, Program World Quran Hour peringkat kebangsaan telah berjaya dilaksanakan di SMK Bukit Jalor hari ini. Program ini diadakan bagi memupuk kecintaan terhadap Al-Quran serta meningkatkan penghayatan nilai-nilai murni di kalangan murid dan warga sekolah.
Program bermula dengan perkumpulan semua peserta pada jam 12.30 tengah hari, diikuti dengan bacaan Al-Quran secara serentak pada jam 12.40 tengah hari. Program berakhir dan bersurai pada jam 1.30 petang.
Para peserta menunjukkan semangat dan komitmen tinggi sepanjang program, menjadikan suasana penuh keberkatan. Aktiviti ini bukan sahaja mendekatkan kita kepada Kalamullah, malah mengingatkan kita bahawa Al-Quran adalah panduan hidup yang sentiasa relevan dalam kehidupan seharian.
Semoga usaha kecil ini menjadi langkah bermakna dalam membina generasi yang cinta Al-Quran dan berakhlak mulia. Terima kasih kepada semua warga SMK Bukit Jalor yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung, atas sokongan dan kerjasama.
“Dan bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al-Quran, dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.” – Surah Al-Ankabut (29:45)







Tiada ulasan:
Catat Ulasan