PROGRAM HALA TUJU TINGKATAN 4 2026 
SMK Bukit Jalor
Anjuran:Unit Bimbingan dan Kaunseling
Dengan Kerjasama:Unit Kurikulum & Pusat Sumber al-Farabi
PENGENALAN Memasuki fasa baharu sebagai pelajar menengah atas, pelajar Tingkatan 4 SMK Bukit Jalor akan berhadapan dengan cabaran yang lebih besar, terutamanya dalam menentukan hala tuju akademik dan masa depan. Pada peringkat ini, pelajar mula didedahkan dengan pelbagai aliran dan pakej mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ditawarkan oleh pihak sekolah.
Sehubungan itu, pelajar perlu membuat pemilihan aliran yang tepat berdasarkan minat, kecenderungan dan keupayaan diri. Pemilihan yang sesuai bukan sahaja membantu pelajar mengikuti pembelajaran dengan lebih berkesan, malah membolehkan mereka menetapkan matlamat pembelajaran yang jelas dan terancang sehingga ke peringkat peperiksaan SPM.
Program Hala Tuju Tingkatan 4 ini dirangka bagi membantu pelajar mengenali potensi diri, memahami peluang yang tersedia serta membimbing mereka membuat keputusan awal yang penting demi kejayaan akademik dan masa depan yang cemerlang, selaras dengan aspirasi pihak sekolah.
OBJEKTIF PROGRAMProgram ini bertujuan untuk:
Membantu pelajar menetapkan matlamat pembelajaran yang kukuh dan jelas sebagai persediaan menghadapi SPM.
Membimbing pelajar memilih pakej mata pelajaran yang selaras dengan minat kerjaya, kecenderungan dan keupayaan diri.
Meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan pengurusan masa, disiplin dan usaha berterusan dalam akademik.
KUMPULAN SASARAN
36 orang pelajar Tingkatan 4 SMK Bukit Jalor
PELAKSANAAN PROGRAM
Tarikh / Hari: 13 Januari 2026 (Selasa)
Masa: 12.00 tengah hari – 1.00 petang
Tempat: Bilik Seminar 1
ATUR CARA PROGRAM
Selasa | 13 Januari 2026
12.00 tengah hariPelajar berkumpul di Bilik Seminar 1
12.05 tengah hariTaklimat KB Bahasa
Pn. Noor Adlizan binti Md Zin
12.20 tengah hariTaklimat KB Kemanusiaan
Pn. Norliza binti Ismail
12.30 tengah hariTaklimat KB Sains & Matematik
Cik Badariah binti Rosli
12.45 tengah hariTaklimat KB TVET
Pn. Siti Hajar binti Muhammad Isa
1.00 petang
Bersurai
JAWATANKUASA KERJA
PengerusiEn. Mohd Redzuan bin Shamsudin
(Pengetua)
Timbalan PengerusiPn. Sepiah binti Yunus
(PK Pentadbiran)
Naib PengerusiEn. Mohamad Rafi bin Mohamad Janor
(PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi IIPn. Nor Lela binti Saharuddin
(PK Kokurikulum)
SetiausahaCik Marini binti Yayan Ahyarudin
(Guru Bimbingan dan Kaunseling)
BendahariPn. Siti Rohani binti Abdul Halim
(Bendahari PIBG)
Ahli Jawatankuasa Kerja• Pelaporan / Dokumentasi
• P.A. Sistem
Cik Marini binti Yayan Ahyarudin
En. Ismail bin Aziz
PENUTUP
Diharapkan agar Program Hala Tuju Tingkatan 4 2026 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan memberi impak positif kepada pelajar. Program ini diharap mampu membantu pelajar membuat pilihan akademik yang tepat serta menjadi langkah awal yang bermakna dalam persediaan menghadapi peperiksaan SPM.
Semoga usaha ini melahirkan pelajar yang berwawasan, bermotivasi tinggi dan bersedia melakar kejayaan demi kecemerlangan diri, sekolah dan masa depan.







Tiada ulasan:
Catat Ulasan