Program Bowling Ceria BAKIS 2025!Tarikh: Jumaat, 24 Oktober 2025
Masa: 3.00 petang
Tempat: Melaka International Bowling Centre (MIBC)
Anjuran: Kelab BAKIS
---
Strike, Tawa & Ukhuwah!Jumaat lepas suasana di Melaka International Bowling Centre memang meriah habis!
Program Bowling Santai BAKIS 2025 berjaya mengumpulkan ahli-ahli kelab dalam suasana penuh ceria, semangat dan tawa yang berpanjangan!

Seawal jam 3 petang, semua peserta sudah bersiap dengan kasut bowling masing-masing — ada yang penuh gaya, ada juga yang gigih buat “stretching” konon nak elak cramp bila strike bertubi-tubi nanti!

---
Format & PenyertaanPertandingan kali ini dijalankan secara individu, dengan 3 games untuk setiap peserta.
Setiap lane menempatkan 3 orang pemain, jadi suasana di setiap lorong penuh dengan sorakan semangat dan gelak tawa sepanjang petang.
---
Senarai Pemain Mengikut LaneLane 1:
Pn. Siti Hajar | Pn. Norliza | Pn. SepiahLane 2:
Pn. Norlela | Cik Marini | Pn. AsyikinLane 3:
Pn. Aishah | Pn. Azyan | Pn. WidyawatiLane 4:
Pn. Murni | Pn. Hasnah | Pn. NorbaitiLane 5:
Cik Ashikin | Pn. Fatin | Cik ThaanushahLane 6:
Farrah Izzaty | Pn. Leha | En. ZainalLane 7:
Tn. Redzuan | En. Amin Aiman | En. IsmailLane 8:
En. Zaimey | Hurairah---
Suasana Penuh Semangat!Daripada sorakan “STRIKE!” hingga gelak besar bila bola masuk longkang, semuanya menceriakan suasana petang itu.
Program ini bukan sekadar untuk bersaing — tapi untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim antara ahli Kelab BAKIS dan mengurangkan tekanan kerja dengan aktiviti sihat dan menyeronokkan.


---
Tahniah Kepada Semua Peserta!Walaupun hanya seorang bakal dinobatkan sebagai Raja atau Ratu Bowling 2025, hakikatnya semua peserta adalah pemenang sebenar kerana membawa pulang semangat positif dan kenangan manis bersama rakan-rakan BAKIS.
Tahniah & terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini — khususnya Ahli Jawatankuasa Kelab BAKIS atas penganjuran yang begitu lancar dan meriah!






















Tiada ulasan:
Catat Ulasan