Tempat Ketiga Pertandingan Erodance Senamrobik Career Compass Daerah Tampin 2025
9 Oktober 2025, SMK Dato’ Mohd Taha – Pasukan senamrobik SMK Bukit Jalor telah mengharumkan nama sekolah apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Erodance Senamrobik sempena Program Career Compass Daerah Tampin 2025.
Program yang berlangsung di SMK Dato’ Mohd Taha ini turut merangkumi pelbagai aktiviti menarik di bawah tema Pameran Pendidikan & Kerjaya, TVET & STEM, Kesejahteraan Mental dan Bulan Kaunseling Kebangsaan. Pertandingan tersebut bertujuan memupuk semangat kerjasama, kecergasan fizikal serta kreativiti dalam kalangan pelajar.
Pasukan SMK Bukit Jalor yang terdiri daripada:
1. LIM JIA MOON
2. KOGILAVANI A/P MARIMUTHU
3. NUR IMAN NAJWA BINTI AZMI
4. FARISH IKHWAN BIN MOHD FAIZAR
telah menunjukkan persembahan yang bertenaga, penuh gaya dan berdisiplin tinggi sehingga berjaya menarik perhatian juri serta penonton.
Kejayaan ini menjadi bukti bahawa pelajar SMK Bukit Jalor bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah aktif dalam bidang kokurikulum. Tahniah diucapkan kepada semua peserta serta guru pembimbing, Cik Marini binti Yayan Ahyarudin, atas usaha gigih dan komitmen yang diberikan.
Semoga kejayaan ini terus menyuntik semangat kepada warga SMK Bukit Jalor untuk terus menyerlah dalam pelbagai bidang pada masa hadapan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan