
Pada 11 September 2025 (Khamis), jam 12.00 tengah hari, SMK Bukit Jalor telah mengadakan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2025 bertempat di Dewan Seri Jalor. Majlis ini berlangsung dengan penuh meriah dan semangat patriotik dalam kalangan warga sekolah.
Majlis telah dirasmikan oleh Puan Norliza binti Othman, Yang Dipertua PIBG SMK Bukit Jalor.



Pelaksanaan program ini bertujuan untuk:
1. Memupuk semangat muhibah dan kerjasama antara murid berbilang kaum melalui pelbagai aktiviti sepanjang bulan patriotik.
2. Mendidik murid mengisi kemerdekaan dengan kegiatan bermanfaat serta membentuk generasi berwawasan dan berakhlak mulia.
3. Memberi kesedaran tentang pengorbanan tokoh pejuang kemerdekaan serta mencontohi perjuangan mereka.
4. Mencungkil bakat dan kreativiti murid melalui tugasan dan aktiviti menarik.

Tahun ini, Kementerian Komunikasi mengekalkan tema Malaysia Madani: Rakyat Disantuni sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025. Tema ini menekankan nilai kemanusiaan, kesejahteraan sosial, keadilan serta kemakmuran bersama. Logo Malaysia Madani melambangkan perpaduan, kesejahteraan dan kemajuan negara.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan, antaranya:
Pertandingan Bookmark Merdeka (Panitia Bahasa Inggeris)
Pengunjung Bertuah PSS (Pusat Sumber Sekolah)
Pembaca Bertuah PSS (Pusat Sumber Sekolah)
Kuiz Merdeka (Pusat Sumber Sekolah)

12.00 tgh hari – Kehadiran perasmi, jemputan, guru dan murid
12.15 tgh hari – Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
12.25 tgh hari – Nyanyian lagu Negaraku
12.30 tgh hari – Bacaan doa
12.35 tgh hari – Ucapan Tuan Pengetua
12.45 tgh hari – Ucapan Perasmian oleh Pn. Norliza binti Othman (YDP PIBG SMK Bukit Jalor)
12.55 tgh hari – Persembahan murid / Tayangan montaj merdeka
1.05 ptg – Penyampaian hadiah
1.40 ptg – Majlis bersurai

Majlis ini telah berjaya menutup tirai sambutan bulan kemerdekaan dengan penuh bermakna. Semoga program sebegini dapat terus memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan murid, di samping melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
“Rakyat Disantuni, Negara Diperkasa.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan