Kejayaan SMK Bukit Jalor dalam Anugerah GPMP SPM 2024
Alhamdulillah, tahun 2024 sekali lagi mencatatkan detik manis buat warga SMK Bukit Jalor apabila sekolah ini berjaya meraih tiga anugerah kecemerlangan akademik dalam Majlis Penyampaian Anugerah GPMP SPM 2024 peringkat negeri.
Acara gemilang ini telah diadakan di SK Bandar Sri Sendayan, anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, dengan kehadiran pegawai-pegawai pendidikan, pengetua, guru-guru, serta wakil sekolah-sekolah menengah seluruh negeri.
SMK Bukit Jalor telah membuktikan komitmen serta usaha gigih guru dan pelajar apabila tiga subjek berjaya mengharumkan nama sekolah:
Sains Komputer – Tempat Ke-2 Terbaik (GPMP 1.50)
Pendidikan Moral
Bahasa Cina Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan warga sekolah, malah mencerminkan dedikasi para pendidik yang tidak pernah jemu membimbing serta kesungguhan pelajar yang berusaha mencapai keputusan terbaik.
Tn Pengetua, Encik Redzuan bin Shamsudin, dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru subjek yang terlibat serta para pelajar yang telah berusaha keras hingga berjaya mengangkat nama sekolah ke tahap yang membanggakan.
Beliau turut menyeru agar pencapaian ini dijadikan inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan dalam peperiksaan SPM akan datang.
Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian gemilang pada masa hadapan.
“SMK Bukit Jalor – Terus Unggul, Terus Gemilang, Up Jalor”



Tiada ulasan:
Catat Ulasan