Jumaat, 15 Ogos 2025

KEJAYAAN SEKOLAH : PERTANDINGAN GENTA SUARA GENERASI MADANI DAERAH TAMPIN


TARIKH    :    14 OGOS 2025

MASA    :    08.00 PAGI HINGGA 05.00 PETANG

TEMPAT    :    SMK TUANKU ABDUL RAHMAN


PENGENALAN :

Bakat dan potensi pelajar tidak hanya terserlah dalam bidang akademik, malah turut menyerlah dalam bidang kokurikulum dan seni. Baru-baru ini, pelajar sekolah kita telah mencipta satu lagi kejayaan membanggakan dalam Pertandingan Genta Suara Generasi MADANI Peringkat Daerah Tampin. Penyertaan mereka bukan sahaja mencungkil kreativiti, malah telah mengharumkan nama sekolah di persada daerah.


KEJAYAAN YANG DICAPAI :


Dalam pertandingan tersebut, pelajar sekolah kita telah berjaya menggondol Johan Nyanyian Solo serta Naib Johan Nyanyian Duo. Pencapaian ini adalah hasil daripada bakat semula jadi, usaha gigih, latihan berterusan serta sokongan guru pembimbing yang sentiasa memberikan dorongan. Kejayaan ini juga membuktikan bahawa pelajar kita mampu bersaing dan menonjol dalam bidang seni suara.




KESIMPULAN :


Sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kedua-dua pelajar atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain untuk terus berusaha menggilap bakat dan potensi diri. Kami juga mendoakan agar mereka terus berjaya mengekalkan kecemerlangan di peringkat negeri nanti.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan