TEMPAT : SMK Bukit Jalor
MASA : 08.45 hingga 11.00 pagi
Anjuran :
Pengurusan 3K
Bidang Kemanusiaan
Bidang Bahasa
Dengan Kerjasama :
Pusat Sumber Al-Farabi
Bimbingan dan Kaunseling
Unit Kokurikulum
Unit HEM
PENDAHULUAN :
Persekitaran yang bersih dan sihat adalah tanggungjawab bersama. Persekitaran yang sihat adalah persekitaran yang bebas daripada unsur-unsur yang membahayakan kesihatan. Persekitaran yang bersih dan sihat akan memberangsang suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kempen Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan SMKBJ bagi tahun 2025 telah dirancang untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif untuk belajar dan bekerja. Sehubungan dengan itu, sempena menyambut bulan kemerdekaan dan menyemarakkan semangat patriotism dalam kalangan warga sekolah, satu program Gotong-royong telah dirancang untuk mengibarkan Jalur Gemilang di seluruh kawasan sekolah. Aktiviti ini bukan sahaja dapat menceriakan suasana sekolah tetapi juga mendidik pelajar tentang kepentingan menghargai kemerdekaan.
MATLAMAT :
Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar, ibu bapa, guru serta warga SMK Bukit Jalor tentang kepentingan menjaga kebersihan dan ceriaan sekolah yang dapat memberikan ketenangan kepada pelajar dan juga guru untuk menjalankan proses pembelajaran. Di samping menyemarakkan semangat cintakan negara dan mneyemai nilai patriotism dalam kalangan warga sekolah.
OBJEKTIF PROGRAM :
1. Menceriakan dan menghiasi kawasan sekolah sempena bulan kemerdekaan.
2. Meningkatkan kerjasama dan semangat berpasukan antara guru, ibubapa, pelajar dan warga SMK Bukit Jalor.
3. Memberi kesedaran kepada para pelajar dan warga SMK Bukit Jalor tentang kepentingan mempunyai semangat cinta akan alam sekitar.
4. Mencungkil bakat dan kreativiti pelajar melalui aktiviti kitar semula untuk mengurangkan pencemaran, penjimatan kos, tenaga dan menjimatkan sumber.
KUMPULAN SASARAN :
Semua guru, AKP, pelajar-pelajar, PIBG, ibubapa dan penjaga.
JAWATANKUASA KERJA :
Pengerusi : En. Mohd Redzuan bin Shamsudin (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : En. Mohamad Rafi bin Mohamad Janor (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi I : Pn. Hjh Sepiah binti Yunus (Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : En.Azman bin Hj Mohd Din (Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha 1 : Pn. Siti Rohani binti Abdul Halim
Setiausaha 2 : Pn. Siti Aishah bt. Malek
Ahli Jawatankuasa Pengurusan Unit 3K :
Unit Kebersihan dan Keceriaan : Cik Lee Ching Yee
Unit Keselamatan & Kebersihan : Cik Siti Nur Ashikin binti Jamal
Unit Kesihatan : Pn. Leha binti Mahmud
CADANGAN AKTIVITI PROGRAM :
1. Membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah.
2. Memasang dan menggantung Jalur Gemilang di lokasi strategik.
3. Menghias kawasan bangunan sekolah sempena bulan kemerdekaan.
4. Menyediakan sudut kemerdekaan dan memasang banner (Jika ada)
TENTATIF :
08.45 - 09.00 - Taklimat Gotong Royong MADANI
09.00 - 11.00 - Aktiviti Gotong Royong
11.00 - 11.30 - Rehat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan