TARIKH : 26 JUN 2025
MASA : 8.00 MALAM
TEMPAT : GRAND SWISS-BEHOTEL MELAKA
PENGENALAN MAJLIS
Majlis Titipan Rasa Seuntai Kenangan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera dan salam penuh kasih sayang.
Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita semua dapat berkumpul dalam suasana yang penuh harmoni dan bermakna pada hari ini sempena Majlis Titipan Rasa Seuntai Kenangan.
Majlis ini diadakan khusus sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang buat insan-insan hebat yang telah menabur bakti di bumi ilmu ini. Hari ini, kita bersama-sama meraikan guru-guru praktikal yang telah selesai menjalani tempoh latihan mereka dengan penuh dedikasi, serta memberikan penghormatan buat guru-guru yang telah berpindah dan bersara, yang pastinya meninggalkan kenangan manis serta jasa yang tidak ternilai di hati seluruh warga sekolah.
Majlis ini bukan sekadar satu acara perpisahan, tetapi lebih kepada luahan rasa terima kasih, penghargaan, dan doa ikhlas daripada kami yang masih tinggal, buat kalian yang akan melangkah ke fasa kehidupan yang baharu.
Sesungguhnya, setiap jasa, setiap tunjuk ajar, dan setiap kenangan yang ditinggalkan akan terus kekal mekar dalam ingatan dan lipatan sejarah sekolah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan