---
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD TAMPIN 2025
Tarikh: 12 – 19 Jun 2025
Hari: Isnin hingga Khamis
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Anjuran: Pejabat Pendidikan Daerah Tampin & SMK Bukit Jalor
Tempat:
• Padang SMK Bukit Jalor, Gemencheh, Negeri Sembilan
• Padang SSN Za'aba, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
---
RASIONAL PROGRAM
Sukan olahraga merupakan antara aktiviti wajib di sekolah yang bukan sahaja bertujuan meningkatkan kecergasan fizikal pelajar, malah memperkaya pengetahuan mereka tentang prinsip asas olahraga. Ini termasuk kemahiran asas, pengurusan kejohanan, serta etika sukan.
Program ini memberi penekanan kepada aspek perkembangan afektif melalui pembelajaran yang membina minat terhadap sukan, menggalakkan semangat berpasukan, melahirkan kepimpinan, dan membentuk disiplin yang tinggi dalam kalangan murid. Semangat kesukanan dan keinginan untuk berjaya juga disemai melalui penyertaan dalam kejohanan ini.
---
MATLAMAT
Menjayakan program sukan yang dirancang di bawah Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).
Memastikan Kejohanan Olahraga MSSD Tampin dilaksanakan dengan cemerlang.
Memupuk semangat kerjasama dan kesepakatan antara semua pihak yang terlibat.
---
OBJEKTIF
1. Memberi peluang kepada murid menyertai kejohanan dengan semangat kesukanan yang tinggi.
2. Mencungkil dan melahirkan atlet berwibawa untuk mewakili MSSD Tampin ke peringkat MSSNS dan MSSM.
3. Memberi ruang kepada guru-guru melatih serta membimbing atlet berbakat ke tahap yang cemerlang.
---
KUMPULAN SASARAN
1. Semua sekolah dalam daerah Tampin.
2. Murid sekolah rendah (Lelaki & Perempuan) bawah 10 dan 12 tahun.
3. Murid sekolah menengah (Lelaki & Perempuan) bawah 13, 15 dan 18 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan