PELAKSANAAN PROGRAM :
PENGENALAN/ LATAR BELAKANG PROGRAM :
Sekolah yang menitikberatkan nilai kasih sayang sebagai suatu budaya dalam kalangan guru akan memupuk persekitaran sekolah yang ceria dan menyeronokkan kepada pelajar. Sikap penyayang guru perlu ditonjolkan melalui keprihatinan dan penghargaan kepada pelajar bagi meningkatkan semangat pelajar untuk terus hadir ke sekolah. Guru yang membudayakan sikap penyayang juga menunjukkan profesionalisme mereka dalam menjalankan tugas mendidik dan menyantuni pelajar dengan penuh sabar dan sekaligus dapat meningkatkan keberkesanan dalam perhubungan dengan pelajar, ibu bapa dan komuniti setempat.
OBJEKTIF PROGRAM :
1. Membudayakan amalan penyayang terhadap pelajar melalui pemberian cenderahati bersempena ulangtahun mereka
2. Menghargai usaha pelajar yang sentiasa gigih hadir ke sekolah
3. Meningkatkan motivasi pelajar untuk terus hadir ke sekolah
4. Mewujudkan suasana sekolah yang hidup dengan nilai kasih sayang
PELAKSANAAN PROGRAM :
Tarikh : Sepanjang tahun
Tempat : Dewan Seri Jalor
Program | Tarikh Pelaksanaan | Sasaran | Kaedah |
Majlis Sambutan Hari Lahir Sesi 1 | 24 Mac 2025 (Isnin) | Pelajar yang menyambut ulangtahun pada bulan Januari – Mac | 1) Melalui pemberian sijil dan cenderahati 2) Meraikan pelajar di dalam kelas atau semasa perhimpunan |
Majlis Sambutan Hari Lahir Sesi 2 | 19 Mei 2025 (Isnin) | Pelajar yang menyambut ulangtahun pada bulan April – Mei | |
Majlis Sambutan Hari Lahir Sesi 3 | 7 Julai 2025 (Isnin) | Pelajar yang menyambut ulangtahun pada bulan Jun – Julai | |
Majlis Sambutan Hari Lahir Sesi 4 | 8 September 2025 (Isnin) | Pelajar yang menyambut ulangtahun pada bulan Ogos – September | |
Majlis Sambutan Hari Lahir Sesi 5 | 10 November 2025 (Isnin) | Pelajar yang menyambut ulangtahun pada bulan Oktober – Disember | |
Majlis Anugerah Penghargaan Murid Penggal 1 | 30 Jun 2025 (Isnin) | Pelajar dengan kehadiran penuh dan sahsiah terpuji (Februari – Jun) | |
Majlis Anugerah Penghargaan Murid Penggal 2 | 1 Disember 2025 (Isnin) | Pelajar dengan kehadiran penuh dan sahsiah terpuji (Julai – Disember) |
JAWATANKUASA KERJA :
Pengerusi : En. Noor Haslin bin Moksin (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : En. Mohamad Rafi bin Mohamad Janor (PK HEM)
Naib Pengerusi : Pn. Sepiah binti Yunus (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : En. Azman bin Hj. Mohd Din (PK Kokurikulum)
Setiausaha : Cik Marini binti Yayan Ahyarudin (Guru Kaunseling)
Bendahari : Pn. Siti Rohani binti Abdul Halim (Bendahari PIBG)
AJK : En. Rajendran a/l Suppiah (Ketua Guru Disiplin)
: En. Mohd Fairul Izhar bin Md Zain
: Pn. Nurul Salwanis binti Fakri
: Cik Thaanushah a/p Mahadevan
: Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan