Khamis, 10 April 2025

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1446H/ 2025

 


PENGENALAN/ LATAR BELAKANG PROGRAM :

Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah menjadi salah satu daripada acara tahunan yang akan diraikan secara besar-besaran di seluruh negara malahan seluruh umat di dunia juga turut meraikan kedatangan bulan Syawal. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini diadakan untuk menerapkan nilai-nilai akhlak yang murni dari sudut rohani sekaligus menjadi benteng pencegah kerosakan hubungan sesama kaum. Dalam erti kata lain, rasionalnya majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim dan merapatkan perpaduan antara murid, guru, staf sokongan dan pekerja swasta.




















































































OBJEKTIF PROGRAM :

1. Membentuk sahsiah warga sekolah dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
2. Menghormati dan menghayati bahawa setiap kaum mempunyai perayaan yang berbeza dan boleh diraikan oleh kaum yang lain.
3. Mengamalkan cara hidup yang baik dengan bermaaf-maafan dan menghormati antara satu sama lain.





KUMPULAN SASAR :  

Semua warga sekolah

1. Murid – 225  orang

2. Guru – 29 orang

3. Anggota kumpulan sokongan (AKP)- 10 orang

4. Pekerja swasta/Keselamatan/ Kantin - 20 orang

5. PIBKs/PIBG – 20  orang

6. Jemputan Khas - 2 orang (Yb Tuan Suhaimizan Bin Bizar, YB Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa)

7. Jemputan lain - En. Nordin Bin Md. Nor, Dato’ Paduka Mat Tahir Bin Sharif, En Razali bin Bujal, En Aziz bin Khamis, En Chin Kwee Hin, En Yusri bin Selamat, Pn Faridah Binti Abdul Rahman, En Rosli bin Baharuddin, Insp. Yosni Rabiatul Nadiah Binti Yong

Anggaran kehadiran : 315 orang

 

BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM:

Tempat dan tarikh

Tempat : Dewan Seri Jalor

Tarikh : 9 April 2025 (Rabu)

Masa : 11.00 tengah hari - 1.30 petang

Tentatif Program :


MASA

AKTIVITI

11.00 pagi

Ketibaan

Yb Tuan Suhaimizan Bin Bizar

YB Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa

11.15 pagi

Lawatan ke PSS (Pameran Bertema)

11.50 pagi

Berangkat ke Dewan Seri Jalor untuk jamuan Hari Raya

12.00 tengahari

Kata alu-aluan pengerusi majlis

Bacaan doa

Ucapan Pengetua

Ucapan YDP PIBG 

Ucapan Yb Tuan Suhaimizan Bin Bizar dan Perasmian  

12.30 tengahari

Jamuan bermula

(Selingan dengan persembahan pelajar )

1.30 petang

Bersurai

 











Tiada ulasan:

Catat Ulasan