Khamis, 3 April 2025

MAJLIS PENUTUPAN IHYA' RAMADAN & MAJLIS KHATAM AL-QURAN SMK BUKIT JALOR 1446H/ 2025


TARIKH : 28 MAC 2025
HARI : JUMAAT
MASA : 09.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SERI JALOR
PERASMI : EN MOHD KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL BAR
PENOLONG PEGAWAI UNIT PENDIDIKAN ISLAM
PPD TAMPIN


PENGENALAN :

Sesungguhnya bulan Ramadan merupakan satu perjalanan tarbiah yang sarat dengan pelbagai aktiviti dan pengisian untuk menyuci bersihkan jiwa manusia menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Matlamat Program Ihya' Ramadan adalah untuk melahirkan pelajar islam yang berakhlak mulia, berdisiplin, berilmu dan berketerampilan serta dapat menyumbangkan ke arah pencapaian misi dan visi sekolah iaitu "Sahsiah didahulukan, Akademik diutamakan, Kokurikulum dimantapkan". 
Khatam al-Quran merupakan satu ibadah yang menjadi tuntutan agama Islam. Semua umat Islam digalakkan khatam al-Quran sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Seberapa kerap seseorang itu khatam al-Quran, itulah yang terbaik untuk dirinya.

   


























OBJEKTIF PROGRAM :
  1. Mengimarahkan bulanRamadan dengan menpertingkatkan amal ibadah dan ilmu pengetahuan
  2. Menerapkan akhlak dan sifat mahmudah ke dalam jati diri para pelajar
  3. Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan warga SMK Bukit Jalor
  4. Mewujudkan sikap bekerjasama dan tolong-menolong dalam kalangan warga sekolah

AKTIVITI RAMADAN :
  1. Majlis Pelancaran Ihya' Ramadan
  2. Tadarus Al-Quran/ Tilawah Al-Quran
  3. Radio Sekolah "Suntikan Ramadan"
  4. Pertandingan mencipta "Content Ilmiah"
  5. Pertandingan "Tazkirah Santai Ramadan"
  6. Pertandingan Hafazan Surah Al-Mulk & Surah Al-Kahfi
  7. Kuiz Ramadan (Tingkatan 1, 2, 3, 4 & 5)
  8. Pemilihan "Tokoh Ramadan"
  9. Tabung Infaq Ramadan "Seiklas Hati Ramadan"
  10. Mewarna Poster (pelajar bukan Islam)
  11. Khat Kaligrafi (pelajar Islam)
  12. Majlis Penutup Ihya' Ramadan