Pusat Sumber Al Farabi
Selasa, 25 Mac 2025
Jumaat, 21 Mac 2025
PROGRAM EHSAN DAN MENTOR-MENTEE SMK BUKIT JALOR TAHUN 2025
Pelaksanaan Program :
❖ Majlis Peluncuran Program EHSAN dan Mentor Mentee 2025
Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Jalor, SMK Bukit Jalor
❖ Pelaksanaan Program EHSAN dan Mentor Mentee 2025
Masa : Waktu Kelas Kecemerlangan/Waktu PdPc/Mengikut kesesuaian waktu Mentor
Lokasi : Mengikut kesesuaian Mentor
PENGENALAN/ LATAR BELAKANG PROGRAM :
Program EHSAN dan Mentor Mentee yang dilaksanakan saban tahun ini bertujuan untuk memupuk sikap kasih sayang antara guru dan pelajar, di samping menyuntik azam dalam diri pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam SPM. Peranan guru sebagai mentor adalah penting dalam membimbing, menyokong, dan menasihati pelajar dalam hal-hal yang meliputi pelbagai aspek dan tidak terbatas kepada hal akademik sahaja, seperti kemahiran membuat keputusan dan menghadapi tekanan. Melalui bimbingan dan penghargaan daripada mentor, pelajar akan lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan dan berpotensi untuk mencapai kejayaan. Program ini akan melibatkan seramai 50 calon SPM 2025 yang telah dikelaskan kepada 3 kumpulan iaitu Elit, Harapan, dan Sinaran. Pembahagian pelajar adalah berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan
OBJEKTIF PROGRAM :
1. Mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM 2025 dengan peratus Layak Mendapat Sijil (LMS) mencapai 85% dan GPS SPM 4.99 3.2. Memastikan 30% calon mencapai keputusan 4A dalam peperiksaan SPM
2. Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai dalam kalangan guru dan pelajar
3. Mempersiapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan yang boleh membantu mereka menghadapi SPM dan merangka hala tuju selepas SPM
STRATEGI PELAKSANAAN :
6. Bahan :
- Modul yang disediakan oleh Ketua Panitia Mata Pelajaran dan Guru Kaunseling. Modul Latihan Kendiri mengikut subjek disediakan oleh Ketua Panitia dengan bantuan guru subjek yang berkenaan. Modul Bimbingan Mentor pula akan disediakan oleh Guru Kaunseling berdasarkan 4 bidang utama Bimbingan dan Kaunseling.
7. Aktiviti Program :
- Program Ceramah Motivasi
- Dialog Prestasi
- Bengkel Teknik Menjawab
8. Bidang Tugas
❖ Penyelaras • Memastikan setiap Panitia di bawah bidang masing-masing menyediakan Modul Latihan Kendiri yang bersesuaian dengan format peperiksaan SPM • Memastikan modul mudah diakses oleh Mentor dan Mentee • Memantau pelaksanaan program • Mengumpul maklumat berkaitan: - Perjalanan dan keberkesanan program - Penglibatan dan prestasi pelajar
❖ Mentor (Guru Pembimbing) • Memberi Modul Latihan Kendiri/Modul Bimbingan Mentor kepada Mentee dan memastikan Mentee menyiapkan modul yang diberi. Mentee akan menyemak latihan yang telah dibuat berdasarkan skema yang telah disediakan. • Membimbing Mentee untuk mengatasi kelemahan mereka atau menambahbaik prestasi mereka • Memantau pencapaian ujian/peperiksaan Mentee • Mengambil tahu dan menjaga kebajikan Mentee • Mengisi borang pertemuan Mentor Mentee untuk diserahkan kepada Setiausaha pada akhir program • Mencadangkan nama Mentee yang bermasalah kepada GKMP dan Kaunselor untuk tindakan selanjutnya
Aturcara Jumaat :
8.05 pagi: Taklimat oleh Guru Kaunseling
8.15 pagi: Ucapan dan Perasmian oleh Pengetua
8.25 pagi: Sesi penyerahan Mentee kepada Mentor
9.00 pagi: Bersurai
JAWATANKUASA INDUK/ PELAKSANA :
Timbalan Pengerusi : Pn. Hjh. Sepiah binti Yunus (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : En. Mohamad Rafi bin Mohamad Janor (PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 : En. Azman bin Hj. Mohd Din (PK Kokurikulum)
Penyelaras Program : Pn. Norliza binti Ismail (GKMP Kemanusiaan)
Penolong Penyelaras : Pn. Azizah binti Tamby Ahmad (GKMP Sains & Matematik)
: Pn. Siti Hajar binti Muhammad Isa (GKMP TVET)
: En. Chand Long Beng Guan (GKMP Bahasa)
Setiausaha : Cik Marini binti Yayan Ahyarudin (Guru Kaunseling)
Penolong Setiausaha : Pn. Siti Aishah binti Malek (Setiausaha Kurikulum)
Bendahari : Pn. Siti Rohani binti Abdul Halim (Bendahari PIBG)
AJK : Semua GKMP dan Ketua Panitia
Khamis, 20 Mac 2025
KURSUS KEPIMPINAN BADAN KEPIMPINAN PELAJAR SMK BUKIT JALOR TAHUN 2025
Tarikh : 19 Mac 2025
Hari : Rabu
Tempat : Dewan Seri Jalor
Penceramah : 1. En. Mohd Shaqib Izwan bin Mat Yusoff
2. En. Mohd Kushairi bin Ismail
Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling
Dengan kerjasama : Unit Lembaga Pengawas, Unit Hal Ehwal Murid & Pusat Sumber Al-Farabi
SMK Bukit Jalor
Badan Kepimpinan Pelajar merupakan satu badan yang dibentuk diperingkat sekolah yang bertujuan untuk mencungkil dan mengasah bakat kepimpinan dalam kalangan pelajar supaya dapat melahirkan generasi pemimpin muda yang dapat menyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Badan Kepimpinan Pelajar juga bertindak sebagai agen yang membantu guru dalam mengawal disiplin pelajar serta menjadi model contoh untuk dijadikan ikutan oleh pelajar lain. Justeru, dalam memastikan pemimpin pelajar yang telah dilantik ini dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang, kursus kepimpinan perlu diberikan kepada para pemimpin ini agar mereka dapat mempelajari dan memantapkan lagi kemahiran yang diperlukan sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan berketerampilan yang boleh menjadi suri teladan kepada rakan pelajar dan membantu mengawal disiplin juga sahsiah pelajar.
ATURCARA PROGRAM :
| |
7.30 pagi: | Pelajar berkumpul di Dewan Seri Jalor |
8.00 pagi: | Slot 1 – Ceramah Motivasi Kepimpinan oleh En. Mohd Shaqib Izwan |
10.00 pagi: | Rehat |
10.30 pagi: | Slot 2 – Ceramah Motivasi Kepimpinan oleh Ustaz Kushairi |
12.30 tengahari: | Penilaian program dan penutup |
1.00 petang: | Bersurai |
1. Meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar agar untuk menaikkan tahap kecemerlangan diri
2. Membentuk kumpulan pelajar yang boleh bertindak sebagai pemimpin dan inspirasi kepada pelajar lain untuk sentiasa menjaga disiplin dan sahsiah diri
3. Mewujudkan kerjasama antara setiap badan pemimpin pelajar untuk sentiasa berganding bahu dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diberi oleh pihak sekolah
KUMPULAN SASARAN :
· 40 Pengawas Sekolah
· 37 Pengawas Pusat Sumber
· 14 Pembimbing Rakan Sebaya