PENGENALAN/ LATAR BELAKANG PROGRAM :
Berdasarkan pekeliling KPM iaitu Bilangan 5 tahun 2023, minggu pertama sesi persekolahan akan diisi dengan aktiviti berbentuk pengisian jasmani, rohani, sosial, dan intelek sebelum kelas akademik bermula. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan keseimbangan antara semua aspek tersebut dalam kalangan pelajar bagi memastikan kecemerlangan yang bersifat holistik (menyeluruh). Pelaksanaan aktiviti yang santai sepanjang minggu pertama ini bukan berbentuk hiburan semata-mata tetapi juga diisi dengan nilai-nilai yang menggalakkan kerjasama dan perpaduan antara pelajar tanpa mengira kaum dan agama, memupuk pelajar untuk berfikiran kreatif dan kritis, menggerakkan pelajar untuk menjadi lebih aktif dan membantu pelajar untuk meregulasi emosi dengan lebih sihat.
2. Melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, rohani, emosi, sosial dan intelek
3. Meningkatkan minat pelajar untuk hadir ke sekolah melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti yang menarik
4. Meningkatkan interaksi positif antara semua pelajar tanpa mengira latar umur, bangsa, dan jantina
Tiada ulasan:
Catat Ulasan