Selasa, 18 Februari 2025

PROGRAM HALA TUJU TINGKATAN 4 2025

PELAKSANAAN PROGRAM    :

Tarikh : 17 Februari 2025
Hari : Isnin
Tempat : Bilik Seminar 1

KUMPULAN SASARAN    :  

48 pelajar Tingkatan 4 SMK Bukit Jalor


PENGENALAN    :

Memasuki fasa baharu di alam sekolah menengah sebagai pelajar menengah atas, penting untuk pelajar Tingkatan 4 mengetahui aliran dan pakej mata pelajaran SPM yang ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh itu, pelajar perlu mengenali potensi dan kebolehan mereka dan memilih aliran dan pakej mata pelajaran yang bersesuaian, kerana ia akan menentukan keupayaan mereka untuk mengikuti sesi pembelajaran dalam aliran tersebut dalam tempoh dua tahun ini sehingga hari mereka menduduki SPM. Dengan pemilihan aliran yang serasi dengan diri mereka, ia dapat membantu pelajar untuk menetapkan hala tuju belajar yang jelas yang seterusnya dapat memotivasikan mereka untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan yang memberangsangkan dalam akademik seiring dengan matlamat pihak sekolah.


OBJEKTIF PROGRAM    :

1. Membantu pelajar dalam menetapkan matlamat belajar yang kukuh dan jelas sebagai persediaan menghadapi SPM
2. Memastikan pelajar memilih pakej mata pelajaran yang selaras dengan kerjaya yang diminati, personaliti, dan prestasi akademik mereka
3. Meningkatkan motivasi dalam diri pelajar untuk terus melakukan yang terbaik dalam pelajaran 

  

 


PROGRAM SERONOKNYA KE SEKOLAH 2025

 

Tarikh                        :    17 – 21 Februari 2025
Tempat                      :    SMK Bukit Jalor
Anjuran                    :    Unit Bimbingan dan Kaunseling
Dengan kerjasama    :    Unit Kurikulum, Unit Hal Ehwal Murid, Unit Kokurikulum &
                                        Pusat Sumber Al-Farabi


PENGENALAN/ LATAR BELAKANG PROGRAM    :

Berdasarkan pekeliling KPM iaitu Bilangan 5 tahun 2023, minggu pertama sesi persekolahan akan diisi dengan aktiviti berbentuk pengisian jasmani, rohani, sosial, dan intelek sebelum kelas akademik bermula. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan keseimbangan antara semua aspek tersebut dalam kalangan pelajar bagi memastikan kecemerlangan yang bersifat holistik (menyeluruh). Pelaksanaan aktiviti yang santai sepanjang minggu pertama ini bukan berbentuk hiburan semata-mata tetapi juga diisi dengan nilai-nilai yang menggalakkan kerjasama dan perpaduan antara pelajar tanpa mengira kaum dan agama, memupuk pelajar untuk berfikiran kreatif dan kritis, menggerakkan pelajar untuk menjadi lebih aktif dan membantu pelajar untuk meregulasi emosi dengan lebih sihat.


OBJEKTIF PROGRAM    :

1. Memupuk persekitaran sekolah yang ceria, kondusif, sihat dan selamat
2. Melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, rohani, emosi, sosial dan intelek
3. Meningkatkan minat pelajar untuk hadir ke sekolah melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti yang            menarik
4. Meningkatkan interaksi positif antara semua pelajar tanpa mengira latar umur, bangsa, dan jantina
5. Membantu pelajar menyesuaikan diri dengan sesi baharu persekolahan setelah bercuti panjang


ATURCARA PROGRAM    :




Pentadbir, YDP, Komuniti menyambut kehadiran pelajar 



Pelajar mendaftarkan kehadiran sebelum bergerak ke Dewan Seri Jalor



 




 

Taklimat Kaunselor tentang penyerahan tablet.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Majlis Penyerahan Tablet kepada pelajar


 
Cenderamata kepada tetamu jemputan