Selasa, 17 Disember 2024

PROGRAM GERAKAN KEPIMPINAN MADANI 2024 : HENTIKAN BULI DAN GANGGUAN SEKSUAL


Tarikh : 16 Disember 2024
Masa : 07.30 -08.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Jalor
Tetamu Jemputan : Tuan Azman bin Yeop Ali
(Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pembangunan Murid PPD Tampin)

Ucapan pengurusan PPD 

PENDAHULUAN :
Sebagai salah satu inisiatif bagi membenteras jenayah buli dan gangguan seksual di sekolah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bekerjasama dengan pihak sekolah bagi memastikan budaya ini dapat dibendung dalam kalangan pelajar disemua peringkat. Melalui program ini juga, Duta Sahsiah telah dilantik semasa Majlis Peluncuran Kit Atur Gerak Duta  Sahsiah baru-baru ini akan dilaksanakan tanggungjawab sesuai dengan gelaran yang diberi iaitu menyampaikan mesej dan peringatan kepada rakan sebaya untuk menjauhi sifat-sifat yang memudaratkan orang sekeliling dan terus membentuk keperibadian yang penuh adab, akhlak dan integriti.

Slot penyampaian mesej oleh Duta Sahsiah berkaitan salah laku buli dan seksual

Ucapan pengurusan PPD

Barisan pentadbir  & para guru SMK Bukit Jalor

Penyampaian cenderahati daripada Tn Pengetua SMK Bukit Jalor, En Noor Haslin bin Moksin kepada Tn Azman bin Yeop Ali

OBJEKTIF:
  • Menangani isu disiplin pelajar seperti buli dan gangguan seksual
  • Meningkatkan peranan Duta Sahsiah dalam membimbing dan mempengaruhi rakan sebaya untuk menjadi individu dengan sahsiah terpuji
  • Mewujudkan suasana sekolah yang selamat dan positif
  • Meningkatkan jalinan kerjasama antara pihak sekolah dengan KPM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan