Selasa, 31 Disember 2024

MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN & RESTU ILMU SPM 2024

 

Tarikh : 30 Disember 2024
Masa : 09.00 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Jalor
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam & 
Unit Bimbingan dan Kaunseling

PENDAHULUAN :

Dalam menghadapi SPM, penting untuk pelajar membuat pemantapan rohani selain hanya membuat persediaan akademik. Oleh itu, pihak Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling menganjurkan majlis bacaan Yasin dan Solat Hajat bagi mendidik pelajar kepentingan untuk memanjatkan hajat kepada Allah SWT supaya diberi keyakinan dan ketenangan dalam menghadapi peperiksaan. Pelaksanaan Majlis Restu Ilmu pula bertujuan untuk memberi suntikkan moral dan motivasi kepada pelajar untuk memberikan yang terbaik dalam peperiksaan setelah mendapat restu dan kata-kata semangat daripada guru yang telah mengajar mereka sepanjang Tingkatan 5.

Slot motivasi oleh Imam Masjid Air Kuning Selatan

Turut dihadiri oleh ibu bapa pelajar

Tn Pengetua SMK Bukit Jalor menyampaikan cenderahati kepada Imam Masjid AKS

Ucapan Tn Pengetua, En Noor Haslin bin Moksin

Ucapan dari wakil Guru Kanan Mata Pelajaran, cikgu Chand

Penyampaian Kit Restu Ilmu SPM 















Sesi bersalaman mohon restu


Solat hajat


Ucapan wakil guru

Guru bersama pelajar sebelum bersurai

OBJEKTIF :
  1. Memberikan semangat kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM dengan yakin dan tenang.
  2. Memberikan dorongan moral kepada pelajar melalui sesi mendapat restu daripada para guru.
  3. Menerapkan eleman rohaniah dalam kalangan pelajar sebagai salah satu eleman penting dalam kehidupan.
  4. Mengeratkan jalinan kerjasama dan uhkuwah antara pihak sekolah dan ibu bapa/ penjaga pelajar dalam perkara yang melibatkan hal ehwal pelajar.

SASARAN :

Pelajar Tingkatan 5, guru dan ibu bapa/ penjaga SMK Bukit Jalor.


LATIHAN KEBAKARAN KE 2, 2024

TARIKH : 30 DISEMBER 2024
MASA : 01.00 TENGAHARI HINGGA 02.00 PETANG
TEMPAT : DATARAN KEJAT, SMK BUKIT JALOR


PENGENALAN :

Program ini mendedahkan kepada murid pengalaman lansung  menghadapi bencana kebakaran. Hal ini dapat melatih murid SMK Bukit Jalor untuk menyelamatkan diri ketika berlaku kecemasan/ bencana kebakaran jika berlaku di sekolah. Dengan adanya program ini diharapkan dapat mengekalkan hubungan yang erat bersama agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam  menjaga keselamatan dan pencegahan kebakaran.

Ucapan dari Tn Pengetua, En Noor Haslin bin Moksin


Warga SMK Bukit Jalor berkumpul di Dataran Kejat





OBJEKTIF PROGRAM :

  1. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada murid langkah menyelamatkan diri ketika kebakaran/ kecemasan.
  2. Memberi ilmu dan ingo berkaitan langkah yang betul untuk menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran dari berlaku.
  3. Mendedahkan kepentingan dan bidang tugas anggota penyelamat kepada masyarakat.
  4. Murid berupaya menjalani latihan menyelamat dan memadamkan kebakaran dengan betul.
 

Isnin, 30 Disember 2024

HARI KELUARGA 2024 SMK BUKIT JALOR

TARIKH : 29 DISEMBER 2024
MASA : 08.00 PAGI HINGGA 10.00 PAGI
TEMPAT : KEMUNTING BEACH RESORT, MELAKA


PENGENALAN :

Hari Keluarga SMK Bukit Jalor merupakan satu acara khas yang dianjurkan untuk melibatkan semua guru, Anggota Kumpulan Pelaksana serta keluarga mereka. Program ini bertujuan untuk menjadi platform bagi semua warga sekolah dan ahli keluarga mereka untuk berkumpul, bersosial serta menikmati pelbagai aktiviti santai dan menyeronokkan di luar suasana formal tempat kerja. Dengan mengadakan acara ini, pihak sekolah berhasrat dapat mewujudkan suasana harmoni dan semangat kekeluargaan dalam kalangan semua warga SMK Bukit Jalor sambil menghargai sumbangan mereka terhadap perkembangan sekolah.




























OBJEKTIF :
  1. Meningkatkan hubungan mesra antara guru, AKP dan keluarga mereka melalui interaksi dalam suasana santai dan menyeronokkan.
  2. Memupuk semangat kekeluargaan, mewujudkan suasana keakraban dan harmoni dalam kalangan warga sekolah dan ahli keluarga mereka.
  3. Memberi ruang kepada guru dan AKP untuk berehat daripada komitmen kerja sambil menikmati masa berkualiti bersama keluarga yang dapat meningkatkan motivasi mereka dalam menjalankan tugas harian.
  4. Melalui pelbagai aktiviti berkumpulan, peserta dapat belajar untuk bekerjasama dan menghargai kekuatan setiap individu dalam pasukan.
  5. Mencipta pengalaman manis yang boleh dikenang bersama oleh semua peserta sekaligus mengukuhkan hubungan sebagai sebuah komuniti sekolah.