TARIKH : 24HB APRIL 2024
MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SERI JALOR
PERASMI : Y.T.M. DATO JOHAN PAHLAWAN LELA PERKASA SETIAWAN DATO' MUHAMMAD BIN HJ. ABDULLAH
UNDANG LUAK JOHOL
Lawatan ke Pusat Sumber Al-Farabi.
Jamuan ringan di Pusat Sumber Al-Farabi.
Lawatan ke Galeri Sejarah.
Jamuan raya bermula.
YTM Undang Luak Johol, PBK dan barisan Pentadbir berangkat ke dewan Seri Jalor.
MATLAMAT :
Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah menjadi salah satu acara tahunan yang akan diraikan secara besar-besaran di seluruh negara malahan seluruh umat Islam juga turut meraikan kedatangan bulan Syawal.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah diadakan untuk menerapkan nilai-nilai akhlak yang mulia dari sudut rohani sekaligus menjadi bentang pencegah perpecahan hubungan sesama kaum.
Dalam erti kata lain, rasionalnya majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim dan merapatkan perpaduan di antara murid, guru, staf sokongan dan pekerja swasta.
OBJEKTIF :
- Membentuk sahsiah warga sekolah dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
- Menghormati dan menghayati bahawa setiap kaum mempunyai perayaan yang berbeza dan boleh diraikan oleh kaum yang lain.
- Mengamalkan cara hidup yang baik dengan bermaaf-maafan dan menghormati antara satu sama lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan