Jumaat, 26 April 2024

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2024

HARI : KHAMIS
TARIKH :25 APRIL 2024
MASA : 7.30 PAGI - 1.30 PETANG
DIRASMIKAN OLEH : EN. MUHAMMAD BIN MUSTAFA
                                                        YDP PIBG SMK BUKIT JALOR


PENGENALAN :
Program ini merupakan aktiviti sekolah untuk memberi pendedahan dan memberi peluang kepada pelajar untuk aktif serta melahirkan pelajar-pelajar SMK Bukit Jalor yang sihat dan cergas. Dengan adanya program ini, diharapkan agar pelajar dapat mengembangkan bakat dalam bidang sukan. Di samping itu, pelaksanaan Kejohanan Merentas Desa dapat mewujudkan pelajar yang peka terhadap amalan gaya hidup sihat.

OBJEKTIF PROGRAM :

  1. Mewujudkan dan menjalinkan ikatan perpaduan, memperluaskan pergaulan dan memupuk interaksi yang sihat dikalangan pelajar.
  2. Menanam, memupuk dan mengembangkan kesedaran secara mendalam kepada masyarakat khususnya pelajar terhadap aktiviti sukan.
  3. Menarik minat, menyediakan peluang dan menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti sukan untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas.
  4. Belanja berhemah dan berkonseokan kesederhanaan dengan tidak mengabaikan mutu pertandingan dan kemeriahan kejohanan.
  5. Melahirkan bakat-bakat sukan dalam kalangan pelajar sekolah.
 

Khamis, 25 April 2024

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI


TARIKH : 24HB APRIL 2024
MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SERI JALOR
PERASMI : Y.T.M. DATO JOHAN PAHLAWAN LELA PERKASA SETIAWAN DATO' MUHAMMAD BIN HJ. ABDULLAH
UNDANG LUAK JOHOL


Lawatan ke Pusat Sumber Al-Farabi.


Jamuan ringan di Pusat Sumber Al-Farabi.



Lawatan ke Galeri Sejarah.










Jamuan raya bermula.



YTM Undang Luak Johol, PBK dan barisan Pentadbir berangkat ke dewan Seri Jalor.











MATLAMAT :
Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah menjadi salah satu acara tahunan yang akan diraikan secara besar-besaran di seluruh negara malahan seluruh umat Islam juga turut meraikan kedatangan bulan Syawal.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah diadakan untuk menerapkan nilai-nilai akhlak yang mulia dari sudut rohani sekaligus menjadi bentang pencegah perpecahan hubungan sesama kaum.

Dalam erti kata lain, rasionalnya majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim dan merapatkan perpaduan di antara murid, guru, staf sokongan dan pekerja swasta.

OBJEKTIF :
  • Membentuk sahsiah warga sekolah dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
  • Menghormati dan menghayati bahawa setiap kaum mempunyai perayaan yang berbeza dan boleh diraikan oleh kaum yang lain.
  • Mengamalkan cara hidup yang baik dengan bermaaf-maafan dan menghormati antara satu sama lain.

Isnin, 8 April 2024

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & PENUTUP IHYA' RAMADHAN

 

TARIKH : 5 MAC 2024
MASA : 08.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SERI JALOR
PERASMI : EN. MOHAMMAD BIN MUSTAFA


PENGENALAN :

Puasa di bulan Ramadhan adalah satu daripada Rukun Islam. Ia adalah tetamu Allah SWT yang cuma datang setahun sekali. Ambillah peluang Ramadhan yang tiba pada tahun ini kerana setiap detik sepanjang bulan Ramadhan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini dan besar kemungkinan kita tidak akan menemuinya pada tahun hadapan. Sesungguhnya bulan Ramadhan merupakan satu perjalanan tarbiah yang sarat dengan pelbagai aktiviti dan pengisian yang menyuci bersihkan jiwa manusia menjadi hamba-hamba Allah yang bertaqwa.


En. Mohammad memberikan ucapan perasmian

Penyampaian sijil dan hadiah kepada imam bilal SMKBJ 2024

Penyampaian hadiah tokoh Ramadhan 2024
 
Tn Pengetua En. Noor Haslin bin Moksin menyampaikan cenderahati kepada perasmi En Mohammad
 
Pemberian duit raya

Pemberian hadiah untuk pertandingan mewarna

Sumbangan untuk pelajar asnaf

Juga pemberian kepada pelajar asnaf

Pemberian duit raya

Persembahan pelajar

Lagi persembahan pelajar


OBJEKTIF :

Program ini diharapkan dapat mengimarahkan bulan Ramadhan dengan mempertingkatkan amal ibadat dan ilmu pengetahuan, menerapkan akhlak dan sifat mahmudah ke dalam jati diri para pelajar, mengeratkan silaturahim di kalangan warga SMK Bukit Jalor. Mewujudkan sikap bekerjasama dan tolong-menolong di kalangan warga sekolah.

Selasa, 2 April 2024

MAJLIS WATIKAH PELANTIKKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER & PEMBIMBING RAKAN SEBAYA



TARIKH : 01 APRIL 2024
MASA : 07.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SERI JALOR
PERASMI : INSP. MOHD HAFIZ BIN ZAINAL
(PPS SMK BUKIT JALOR)



PENGENALAN:

Majlis Watikah Pelantikkan Badan Kepimpinan Pelajar ini dilaksanakan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar yang telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya. Pengiktirafan diberikan untuk memupuk rasa tanggung-jawab terhadap amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh guru terhadap kebolehan mereka untuk memimpin rakan pelajar untuk menjadi yang cemerlang.

OBJEKTIF:
  1. Memberikan pengiktirafan kepada pelajar yang terpilih sebagai memimpin pelajar.
  2. Memupuk sikap bertanggung-jawabdalam kalangan  pelajar yang terpilih terhadap amanah dan tugas diberi.
  3. Meningkatkan motivasi pelajar lain untuk mencontohi rakan-rakan mereka yang terpilih sebagai pemimpin pelajar.


Barisan pentadbir bersama dengan perasmi Insp. Mohd Hafiz

Barisan Pengawas Sekolah 

Pengawas Sekolah bersama sijil watikah perlantikkan

Pengawas Pusat Sumber

Pengawas Pusat Sumber bersama sijil watikah perlantikan

Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya

Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya bersama sijil watikah perlantikkan

Acara perasmian

Acara penyampaian sijil ke semua pengawas





Bacaan ikrar