TARIKH : 05 OKTOBER 2022
MASA : 02.00 PTG HINGGA 04.00 PTG
TEMPAT : DEWAN SERI JALOR
PERASMI : YB DATO' MOHD ISAM BIN HJ. MOHD. ISA
(ADUN GEMENCHEH)
Program Hari Apresiasi Kokurikulum Pelajar merupakan program bagi menghargai pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang kokurikulum dan sukan. Kecemerlangan pelajar mencerminkan perkembangan serta kemajuan sekolah dalam melahirkan modal insan dan seteruskan membuktikan sekolah adalah sebagai satu institusi pendidikan yang berwibawa.
Suasana yang gemilang dan pengiktirafan yang tinggi kepada pelajar yang berjaya dan cemerlang acara masing-masing akan membawa kepada peningkatan lebih besar dalam jangka masa panjang. Seterusnya, mewujudkan sekolah yang hebat dan berkesan.
MATLAMAT :
Memberi motivasi dan pengiktirafan serta mencetuskan inspirasi kepada semua pelajar yang terdiri daripada PPKI, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang mencapai kecemerlangan kokurikulum dan sukan.
OBJEKTIF :
- Memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar cemerlang serta berpotensi dalam bidang kokurikulum.
- Memupuk semangat pelajar-pelajar agar berazam ingin maju, berlumba-lumba menuju kejayaan dengan melibatkan diri dalam sukan dengan bersungguh-sungguh.
- Mengembangkan bakat dan potensi pelajar dari segi kemahiran yang betul.
Perbarisan Kawad Hormat diperiksa barisan oleh Mejar Izhar bin Ismail, Ketua Bahagian Bantuan Latihan, Pusat Latihan, Artileri.
Gimik Perasmian.
Persembahan nyanyian dari pelajar, beliau telah mendapat Naib Johan Nyanyian Peringkat Daerah.
Sajak dari pelajar.
Jamuan makan disediakan secara gotong-royong antara guru, AKP, AJK PIBG & AJK PIBKS SMKBJ. Antara menu yang telah disediakan ialah kari kambing, rendang arnab dan maman, ayam masak merah, jelatah, nasi minyak dan nasi putih serta buah-buahan.
Jamuan untuk tetamu VIP, ibubapa dan warga SMK. Bukit Jalor.
Barisan tetamu jemputan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan