Isnin, 31 Oktober 2022

MAJLIS UKIRAN BUDI SULAMAN KASIH PERSARAAN AKP

 

Tarikh : 28 Oktober 2022
Hari : Jumaat
Masa : 11.30 pagi.
Tempat : Dewan Seri Jalor

En Rosman bin Itam, telah bertugas sebagai Pembantu Operasi selama 37 tahun. 
Beliau bersara pada umur 60 tahun.

Bacaan doa oleh pelajar.

Acara memotong kek hari lahir

Hadiah persaraan dari Bidang Kemanusiaan

Hadiah persaraan dari Bidang Teknik dan Vokasional

Hadiah persaraan dari kelab BAKIS

Hadiah persaraan dari Anggota Kumpulan Pelaksana

En Rosman sedang memotong kek 


Hadiah persaraan dari Bidang Bahasa

Hadiah persaraan dari Bidang Sains dan Matematik

Hadiah persaraan dari pentadbir

En Rosman memberi ucapan perpisahan

Ucapan dari Tn Pengetua











Isnin, 24 Oktober 2022

SANJUNGAN BUDI KILAUAN BAKTI SEMPENA PERPISAHAN GURU DAN AKP.


 Hari : Jumaat
Tarikh : 21 Oktober 2022
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Jalor
Yang Diraikan :
Pn. Norazizah bt. Abdul Karim ( Guru )
Pn. Rosmawati bt Mansor ( Guru )
Pn. Siti Noor Sarah bt Mohd Suid ( AKP )
Anjuran : BAKIS 


Ucapan dari Tuan Pengetua.

Wakil kelas memberikan hadiah sebagai tanda kenang-kenangan.

Hadiah dari pihak pengurusan.

Hadiah dari Bidang Sains dan Matematik.

Hadiah dari Bidang Bahasa.

Wakil kelas memberikan hadiah.

Sebahagian wakil kelas memberikan hadiah.

Hadiah dari Bidang Kemanusiaan.

Hadiah dari pengerusi BAKIS 2021/2022.

Hadiah dari Koperasi SMK Bukit Jalor

Hadiah dari Bidang Teknik dan Vokasional

Hadiah persendirian juga ramai yang memberi.






Isnin, 17 Oktober 2022

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1444h SMK BUKIT JALOR

 
Hari : Jumaat
Tarikh : 14 Oktober 2022
Tempat : Dewan Seri Jalor
Penceramah : En. Mohd Hapizi bin Mohammad Ali
Pengetua
SMA Haji Mohd Yatim, Rembau


Sebahagian Pelajar Islam SMK Bukit Jalor 2022.


MATLAMAT :
  1. Memperingati sejarah kerasulan Nabi Muhammad S.A.W dan perjuangannya dalam menegakkan syiar Islam.
  2. Mengambil contoh tauladan dari peristiwa yang tersurat dan tersirat dari sejarah kerasulan baginda.
  3. Melahirkan kecintaan dan kasih sayang kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang membawa rahmat kepada alam ini.






OBJEKTIF :
  1. Menanam sifat kecintaan kepada Rasullah dengan mengikut apa yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.
  2. Mendorong pelajar mempraktikkan sunnah baginda dan ajaran-ajaran yang dibawa.
  3. Mempamerkan perasaan kasih sayang kepada Rasullah S.A.W dengan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W


Berselawat & tayangan montaj.

Tn. Pengetua bersama dengan penceramah, pengerusi AJK PIBG dan pengerusi AJK PIBK.

Guru dan ibubapa yang hadir pada program hari ini.

Warga SMK Bukit Jalor mengucapkan terima kasih kepada tetamu jemputan, AJK PIBG dan PIBK serta semua tetamu yang sudi hadir ke majlis ini. 
Maaf sekiranya terdapat kekurangan.
Terima Kasih

Khamis, 6 Oktober 2022

HARI APRESIASI KOKURIKULUM 2022.


 TARIKH : 05 OKTOBER 2022
MASA : 02.00 PTG HINGGA 04.00 PTG
TEMPAT : DEWAN SERI JALOR
PERASMI : YB DATO' MOHD ISAM BIN HJ. MOHD. ISA
(ADUN GEMENCHEH)



Program Hari Apresiasi Kokurikulum Pelajar merupakan program bagi menghargai pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang kokurikulum dan sukan. Kecemerlangan pelajar mencerminkan perkembangan serta kemajuan sekolah dalam melahirkan modal insan dan seteruskan membuktikan sekolah adalah sebagai satu institusi pendidikan yang berwibawa.
Suasana yang gemilang dan pengiktirafan yang tinggi kepada pelajar yang berjaya dan cemerlang acara masing-masing akan membawa kepada peningkatan lebih besar dalam jangka masa panjang. Seterusnya, mewujudkan sekolah yang hebat dan berkesan.

MATLAMAT :
Memberi motivasi dan pengiktirafan serta mencetuskan inspirasi kepada semua pelajar yang terdiri daripada PPKI, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang mencapai kecemerlangan kokurikulum dan sukan.

OBJEKTIF :
  1. Memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar cemerlang serta berpotensi dalam bidang kokurikulum.
  2. Memupuk semangat pelajar-pelajar agar berazam ingin maju, berlumba-lumba menuju kejayaan dengan melibatkan diri dalam sukan dengan bersungguh-sungguh.
  3. Mengembangkan bakat dan potensi pelajar dari segi kemahiran yang betul.

Perbarisan Kawad Hormat diperiksa barisan oleh Mejar Izhar bin Ismail, Ketua Bahagian Bantuan Latihan, Pusat Latihan, Artileri.

Gimik Perasmian.

Persembahan nyanyian dari pelajar, beliau telah mendapat Naib Johan Nyanyian Peringkat Daerah.

Sajak dari pelajar.

Jamuan makan disediakan secara gotong-royong antara guru, AKP, AJK PIBG & AJK PIBKS SMKBJ. Antara menu yang telah disediakan ialah kari kambing, rendang arnab dan maman, ayam masak merah, jelatah, nasi minyak dan nasi putih serta buah-buahan.

Jamuan untuk tetamu VIP, ibubapa dan warga SMK. Bukit Jalor.

Barisan tetamu jemputan