Rabu, 24 Ogos 2022

BENGKEL GALUS PENDIDIKAN ISLAM SPM 2022 PERINGKAT TAMPIN.


Tempat : Dewan Seri Jalor.
Penceramah : Ustaz Rizal bin Kemis.
Tarikh : 24 Ogos 2022.
Masa : 8.00 pagi hingga 1.30 tengahari.


MATLAMAT PROGRAM :

Meningkatkan prestasi subjek Pendidikan Islam SPM Sekolah-sekolah Menengah Daerah Tampin secara berfokus.

OBJEKTIF PROGRAM :

  • Memastikan 10 sekolah mencapai prestasi Cemerlang dalam GPS sekolah dan GPD Tampin bagi subjek Pendidikan Islam.
  • Meningkatkan Gred Purata Pendidikan Islam Daerah kepada 4.55.
  • Meningkatkan peratus lulus kepada 90% dalam subjek Pendidikan Islam.

SASARAN PROGRAM :
  • Semua guru Pendidikan Islam tingkatan 5.
  • Murid-murid GALUS tingkatan 5 ( Sekolah-sekolah Daerah Tampin ).
Pelajar Pendidikan Islam dari sekolah-sekolah di Daerah Tampin yang hadir.

Penyampaian cenderahati kepada penceramah telah disampaikan oleh Tuan Pengetua.

Jumaat, 19 Ogos 2022

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE 65 DAN BULAN PSS.

 

Buku Program.


OBJEKTIF PROGRAM :

  • Memupuk semangat muhibah dan kerjasama erat antara pelajar serta warga SMK. Bukit Jalor yang terdiri daripada pelbagai kaum melalui aktiviti yang dilaksanakan sepanjang bulan patriotik.
  • Mendidik para pelajar agar mengisi kemerdekaan yang sedang mereka kecapi dengan menjadi genarasi muda yang berwawasan, cinta akan agama, bangsa dan tanah air mereka serta rela berkorban demi negara yang tercinta.
  • Memberi kesedaran kepada para dan warga SMK. Bukit Jalor tentang pengorbanan yang telah dibuat sentiasa menghormati mereka dan menghargai serta mencontohi perjuangan mereka.
  • Mencungkil bakat dan kreativiti pelajar melalui aktiviti dan penghasilan tugasan yang menarik.
Gimik Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Pusat Sumber 2022

Penyerahan simbol perasmian kepada Tuan Pengetua.

Sesi bergambar bersama YDP PIBG dan barisan pentadbir SMKBJ.

Ucapan daripada Setiausaha Bulan Kemerdekaan dan Bulan PSS, Pn. Siti Aishah binti Malek.

Kehadiran YDP PIBG dan PIBKS SMKBJ.

Majlis penyampaian hadiah kepada pelajar.

Hadiah-hadiah yang disediakan kepada para pemenang.

Pelajar-pelajar yang terlibat dengan persembahan pembukaan dan pelancaran program sambutan pada hari ini.

Persembahan Puisi oleh Saudari Nurlaila Najwa binti Mohd Esham 4STEM

Persembahan Nyanyian oleh Saudari Nur Aleya Natasha binti Ruszaiddie 2USM

Wajah ceria guru-guru dengan tema "Mat Kilau".

Wajah ceria para pelajar dengan sepanjang program berlangsung.

Orang kuat Bulan Kemerdekaan dan Pusat Sumber tahun ini.


Sesi bergambar bersama barisan pentadbir, AJK PIBG, guru-guru dan staf.

" PERGI KE PEKAN MEMBELI NANGKA,
NANGKA DIBELI BERSAMA NIRA,
BULAN LAPAN BULAN MERDEKA,
SMKBJ SEKOLAH SEJAHTERA. "

Khamis, 18 Ogos 2022

PELANCARAN SEKOLAHKU SEJAHTERA.


Tempat : Dewan Seri Jalor.
Hari : Khamis
Tarikh : 18 Ogos 2022.

Konsep Sekolahku SEJAHTERA telah dilancarkan dan diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi bin Jidin pada 21 Februari 2022. Konsep ini memberi penekanan terhadap nilai murni secara semulajadi dalam pembelajaran dan pengajaran. Ianya wajar diaplikasi dalam kalangan murid dan seluruh warga sekolah ke arah pembentukkan budaya amalan baik secara berterusan.

Ucapan Perasmian oleh Tn. Pengetua SMK Bukit Jalor, En. Noor Haslin bin Moksin.


MATLAMAT PROGRAM

Membentuk budaya amalan baik di sekolah menerusi 14 elemen yang terkandung dalam konsep Sekolahku SEJAHTERA.


OBJEKTIF PROGRAM

  • Memastikan murid dan warga sekolah mengetahui dan memahami konsep Sekolahku SEJAHTERA menerusi penerapan 14 elemen Sekolah SEJAHTERA.
  • Mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai prestasi diri.
  • Membolehkan murid meneroka pelbagai cabang ilmu, idea dan penemuan baharu, sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah.
  • Mewujudkan semangat mencintai persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan berinformasi.
Semua guru & pelajar menyanyikan lagu Sekolahku Sejahtera.