Jumaat, 30 April 2021

Orientasi Guru Baru

Pn Nurul Iwardah merupakan seorang guru baru yang telah ditempatkan di SMK Bukit Jalor pada Januari 2021. Beliau telah dilantik sebagai AJK Pusat Sumber Al-Farabi. Beliau telah ditugaskan untuk membantu Pn Zanariah dalam urusan perpustakaan dan Pengawas PSS.

Pada 29 April yang lalu, Pn Zanariah telah menjalankan orientasi guru baru berkaitan pengurusan buku di Pusat Sumber Al-Farabi selepas sesi persekolahan berakhir. 

Pn Zanariah menerangkan langkah pengkatalogan bahan cetak bersama guru baru

Pn Zanariah menerangkan langkah untuk membuat sistem pengkelasan  dewey

Pn Siti Hajar menunjukcara mengemaskini Sistem Automasi Tarantula

Sesi perbincangan Program Pengawas Pusat Sumber