Selasa, 10 Mac 2020

10 Ciri Pembelajaran Kelas Abad Ke-21

Kemajuan teknologi dan juga keupayaan pelajar harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia.

 Berikut adalah 10 ciri pembelajaran abad ke 21 yang boleh dimanfaatkan.

1. Berpusatkan pelajar
  • pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
  • meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan
2. Penggunaan komputer
  • alat penting untuk kelas abad ke 21
  • sangat membantu dalam pdp
3. Pembelajaran aktif
  • penglibatan yang lebih aktif sama  ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan komputer
4. Pembelajaran kendiri
  • kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran
5. Persekitaran yang kondusif
  • tidak terlalu sesak
  • peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor
6. Pelajar faham dan mematuhi arahan
  • pembelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
  • peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa  berada dalam landasan yang betul
7. Saling hormat menghormati
  • perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
  • guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
  • pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas
8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka
  • sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka
9. Penilaian berasaskan pencapaian
  • guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja
10. Pembelajaran kolaboratif
  • pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran
MUAT TURUN: