Isnin, 1 Mac 2021

Lawatan Tuan Pengarah JPN Negeri Sembilan

LAWATAN KUNJUNG BANTU &
PEMANTAUAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH 
TAHUN 2021

Pada 01 Mac 2021, Pengarah JPN Negeri Sembilan, Tuan Haji Md. Fiah bin Md. Jamin bersama Tuan Haji Alias bin Abdul Samad, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tampin dan beberapa pegawai JPN dan PPD telah mengadakan lawatan kunjung bantu & pemantauan pembukaan semula sekolah ke SMK Bukit Jalor.

Rombongan ini tiba lebih kurang jam 11.30 pagi dan terus dibawa ke Dewan Seri Jalor untuk memantau pelaksanaan Peperiksaan SPM Tahun 2020 yang sedang berlangsung.

Rombongan ini kemudiannya telah dibawa untuk melihat kawasan sekitar sekolah yang diketuai oleh Tuan Pengetua, Tuan Syed Naseer bin Syed Mohideen dan diiringi oleh barisan pentadbir dan beberapa orang guru. Antara kawasan yang telah dilawati oleh Tuan Pengarah iaitu Perpustakan Al Farabi, Bilik Kaunseling, Bilik PPKI, Bilik Menu Wakaf, Taman Herba, Makmal Sains dan Laman Fertigasi. Setelah selesai sesi tersebut, rombongan ini dibawa ke kantin sekolah untuk menikmati jamuan.

Lawatan kunjung bantu ini lebih berfokus kepada pemantauan kawasan sekolah sebelum sekolah dibuka pada awal April nanti. Semoga lawatan ini dapat membantu pihak SMK Bukit Jalor meningkatkan lagi persediaan untuk pembukaan sekolah nanti.  

Tuan Pengarah diiringi oleh Tuan Pengetua dan Pengerusi PIBG
untuk melihat kawasan sekitar sekolah


Sesi bergambar bersama Tuan Pengarah dan rombongan


Tuan Pengarah menandatangi Buku Pelawat 
Pusat Sumber Al Farabi


Tuan Pengarah melawat sudut-sudut pameran yang 
terdapat di Perpustakaan


Tuan Haji Alias bin Abdul Samad, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah 
Tampin turut menandatangi Buku Pelawat Pusat Sumber Al Farabi


Tn Pengetua memberi penerangan berkaitan Bilik Media


Tuan Pengarah beramah mesra bersama Guru Perpustakaan dan 
Media, Pn Zanariah tentang perkembangan Pusat Sumber Al Farabi.