Selasa, 31 Mac 2026

MAJLIS PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SPM 2025 SMK BUKIT JALOR

 


Majlis Penyerahan Slip Keputusan SPM 2025 SMK Bukit Jalor

SMK Bukit Jalor telah mengadakan Majlis Penyerahan Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dengan penuh tertib dan bermakna di perkarangan sekolah. Majlis ini diadakan bagi memberi peluang kepada para calon SPM 2025 menerima keputusan peperiksaan mereka secara rasmi serta berkongsi detik penting bersama guru dan ibu bapa.

Majlis dimulakan dengan pembentangan analisis keputusan SPM 2025 oleh Pengetua SMK Bukit Jalor, Tuan Mohd Redzuan bin Shamsudin. Dalam pembentangan tersebut, beliau berkongsi pencapaian keseluruhan sekolah serta perkembangan prestasi akademik para pelajar.

Bagi tahun 2025, SMK Bukit Jalor mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 4.61. Pencapaian ini menunjukkan prestasi yang baik serta kesinambungan usaha warga sekolah dalam meningkatkan kecemerlangan akademik.

Selain itu, peratus kelayakan sijil (LMS) bagi calon SPM 2025 adalah 100 peratus. Ini bermakna kesemua calon layak menerima sijil SPM, sekali gus membuktikan komitmen pelajar dan dedikasi guru dalam memastikan kejayaan setiap calon.

Majlis turut meraikan pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2025. Pelajar yang memperoleh keputusan Straight A ialah Arief Zamani bin Mohd Rafee dengan pencapaian 3A+, 3A dan 1A-.


Turut disenaraikan sebagai pelajar cemerlang ialah Afiq Affan bin Ismail, Balqis binti Abdullah Aziz, Putri Diyanatul Aqilah binti Ishak, Shazwan Haziq bin Shabudin, Nor Aida Aryana binti Adnan, Nur Hanim Batrisya binti Hanafi, Khairul Shahrizal bin Khairul Shahrom, Nur Alisha binti Supono, Noramirashahira binti Norazman, Nur Dania Hazmira binti Norazmi, Muhammad Luqman bin Raban, Putri Nur’ain Aqeela binti Abd Qayuum, Nur Rasyidah binti Ramlan, Aini Nadhirah binti Nor Rizat dan Nurainul Mardhiah binti Minal.














Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar atas usaha dan pencapaian masing-masing. Penghargaan turut diberikan kepada para guru serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan, bimbingan dan dorongan sepanjang tempoh pembelajaran para pelajar.







Diharapkan para lepasan SPM 2025 akan terus melangkah maju dalam bidang yang diceburi serta menjadi individu yang berjaya dan memberi sumbangan kepada masyarakat pada masa hadapan.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2025 SMK Bukit Jalor.

Rabu, 18 Mac 2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & PENUTUP IHYA’ RAMADAN SMK BUKIT JALOR 2026


Pada 17 Mac 2026, SMK Bukit Jalor telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Program Ihya’ Ramadan yang berlangsung di Dewan Seri Jalor dengan penuh keberkatan dan penghayatan. Program ini merupakan kemuncak kepada pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadan bagi menyemai nilai-nilai keimanan dalam kalangan warga sekolah.

Majlis dimulakan seawal jam 9.00 pagi dengan kehadiran para guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) serta murid-murid. Program dimulakan dengan bacaan doa sebagai tanda memohon keberkatan dan kelancaran sepanjang majlis berlangsung.





Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Tuan Pengetua, Tn. Mohd Redzuan bin Shamsudin, yang menekankan kepentingan menghayati bulan Ramadan melalui amalan berterusan seperti membaca al-Quran dan memperbaiki akhlak. Majlis turut diserikan dengan ucapan perasmian penutup Program Ihya’ Ramadan oleh YDP PIBG SMK Bukit Jalor, Pn. Norlizah binti Othman.





Antara pengisian menarik sepanjang majlis ialah tayangan montaj aktiviti Ramadan yang telah dilaksanakan, yang berjaya mengimbau kembali kenangan serta usaha warga sekolah dalam mengimarahkan bulan yang mulia ini. Kemuncak majlis ialah Majlis Khatam Al-Quran, yang disertai oleh para murid sebagai tanda kejayaan menamatkan bacaan al-Quran sepanjang Ramadan.

















Majlis turut diserikan dengan pertandingan azan, persembahan pelajar serta penyampaian hadiah kepada para pemenang. Selain itu, penyampaian sumbangan kepada anak yatim dan asnaf turut diadakan sebagai tanda keprihatinan dan semangat berkongsi rezeki dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

Majlis diakhiri dengan sesi salam hormat dan bersurai sekitar jam 12.30 tengah hari dalam suasana yang penuh bermakna. Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan dalam kalangan warga sekolah, malah berjaya memupuk semangat ukhuwah, keinsafan dan kecintaan terhadap ajaran Islam.

Diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah, serta sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT.